Siaran Langsung Live Streaming Kelantan vs Sabah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kelantan vs Sabah Liga Super 2023

Dikala kesibukan pasukan kebangsaan menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia ketika ini, dalam sama akan berlangsung satu perlawanan tertunda Liga Super 2023 pada malam ini.

Perlawanan kali ini adalah melibatkan Kelantan vs Sabah dimana akan berlangsung pada 20 November 2023, hari Isnin pada pukul 8.15 malam. Venue pula ditukar dari Kota Bharu kepada Stadium UiTM, Shah Alam.

💡Table Of Contents

  1. Pertemuan Terakhir
  2. Kedudukan Carta Liga
  3. Siaran Langsung Kelantan vs Sabah
  4. Jadual & Keputusan Terkini

Keputusan ini dibuat sejak penundaan dibuat oleh pihak MFL ketika itu atas sebab ketidasediaan venue pasukan Kelantan untuk mengadakan perlawanan bola sepak. Jadi venue asal ditukar kepada venue yang lain lebih baik.

Pertemuan kedua Kelantan vs Sabah ini sepatutnya berlangsung pada 3 November yang lalu. Tetapi ditunda dan diberi tarikh yang baru dimana akan berlangsung dalam minggu ke-22 (LS22) pada Isnin yang akan datang.

Pertemuan Terakhir

Kelantan FC dan Sabah FC kali terakhir mereka bertemu adalah pada bulan April yang lalu juga menerusi saingan Liga Super. Ketika itu bermain di Likas dan Sabah mempergunakan kelebihan yang ada dan menang terhadap kelantan dengan jaringan 6-1.

Lima perlawanan terakhir untuk Kelantan juga tidaklah terlalu baik apabila tewas 4 daripadanya. Manakala Sabah menang 3 daripada 5 perlawanan dan pastinya ingin mencari kemenangan seterusnya selepas ini.

Kedudukan Carta Liga

Untuk perbandingan dalam 22 perlawanan setakat ini, Sabah kini menduduki tempat kelima dengan 42 mata. Manakala Kelantan yang kini berada di kedudukan terakhir liga hanya berjaya mengumpul 8 mata sahaja.

Siaran Langsung Kelantan vs Sabah

Untuk penyokong kedua-dua pasukan, jika berkesempatan boleh datang ke stadium UiTM dan tiket kini sudah mula dijual. Pembelian boleh dibuat secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Tapi bagi yang jauh atau tidak dapat hadir ke stadium, jangan risau. Anda boleh saksikan perlawanan ini juga secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau pengguna Astro juga boleh saksikan secara online di Astro Go.

Manakala, untuk orang ramai yang ingin menonton secara live streaming, anda semua boleh menggunakan platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia sahaja.

Jadual & Keputusan Terkini

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan, jangan lupa saksikan perlawanan Liga Super 2023 tertunda LS22 antara Kelantan vs Sabah pada 20 November ini yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam.

Berikut merupakan jadual seperti yang ditetapkan dan keputusan pula hanya akan dikemaskini sejuru selepas tamat perlawanan pada malam tersebut. Jumlah jaringan dan senarai penjaring akan diumumkan pada malam ini.

FT : Kelantan (0) - (7) Sabah

  • Jafri Firdaus 25' (P)
  • Farhan Roslan 29'
  • Rizal Ghazali 39'
  • Irfan Fazail 57'
  • Telmo Castanheira 68'
  • Ramon Machado 70'
  • S. Kumaahran 89'

Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium UiTM
Tayangan : Arena Bola 893
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post