Senarai 16 Lokasi Skrin Besar Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan Malam Ini

Senarai 16 Lokasi Skrin Besar Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan Malam Ini

Untuk anda yang tidak berkesempatan untuk menonton di stadium, anda masih lagi boleh rasai kehangatan suasana tersebut dengan menyaksikan Malaysia vs Kyrgyzstan di 16 lokasi skrin besar terpilih yang disediakan seluruh Malaysia.

Harimau Malaya akan beraksi dalam aksi pembukaan Kumpulan D bertemu Republik Kyrgyz pada Khamis ini dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2026. Perlawanan penting untuk pasukan kebangsaan.

Malaysia terlibih dahulu akan menjadi tuan rumah dimana perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Jika anda berada berdekatan, datang ke stadium dan sekali gus boleh berikan sokongan kepada para pemain.

Tapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau. Ini kerana perlawanan ini juga turut dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau tontonan live streaming di Astro dan aplikasi Sooka.

Kalau tak dapat juga menonton di kaca tv atau secara online, ada lagi satu alternatif iaitu menonton di Skrin Besar yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) yang terletak di 16 lokasi seluruh Malaysia.

Dengan itu, anda bolehlah datang beramai-ramai bersama kawan atau keluarga dan menyaksikan Malaysia vs Kyrgyzstan bersama-sama sambil memberikan sokongan kepada pemain-pemain dari jauh. Lagi ramai, lagi meriah.

16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Malaysia vs Kyrgyzstan

Berikut merupakan senarai lokasi terpilih untuk tayangan Skrin Besar di seluruh Malaysia

📍 : 16 lokasi seluruh Malaysia
🗓️ : 16 November 2023 (Khamis)
⏰ : 9.00 Malam

  1. Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
  2. PPR Muhibbah, Seputeh, Kuala Lumpur
  3. SACC Mall, Shah Alam, Selangor
  4. Uptown Ipoh, Ipoh Night Market, Perak
  5. Arena Dato' Manan, Kuantan, Pahang
  6. Dewan Serbaguna Perumahan Giat MARA, Bukit Payung, Marang, Terengganu
  7. Padang Kawad USM, Gelugor, Pulau Pinang
  8. Esport Youth Cabin, Kepala Batas, Pulau Pinang
  9. Mydin Mall Tunjung, Kota Bharu, Kelantan
  10. Times Square Mall, Bintulu, Sarawak
  11. Funky Farm Food Court, Kota Kinabalu, Sabah
  12. Kompleks Belia dan Sukan, Negeri Sembilan, Paroi, Negeri Sembilan
  13. Ngepot Kabin, Kampung Masjid Lama, Kluang, Johor
  14. Perkarangan Parkir UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka
  15. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah
  16. Mini Stadium Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

Mana yang berdekatan Stadium Nasional Bukit Jalil, adalah lebih baik dan terbaik anda datang ke stadium. Bagi meramaikan dan memeriahkan sekali gus memberikan sokongan kepada Harimau Malaya.

Manakala bagi yang jauh, boleh datang ke mana-mana lokasi terpilih berhampiran anda untuk tontonan tayangan Skrin besar ini.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai 16 Lokasi Skrin Besar Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan Malam Ini"