Senarai 5 Restoren Halal Di Myeongdong, Seoul Korea

Senarai 5 Restoren Halal Di Myeongdong, Seoul Korea

Antara lokasi paling famous kalau orang Malaysia datang ke Korea adalah di Myeongdong. Dia macam jadi pusat segala aktiviti kat sini, nak shopping, cari skin care, lawat tempat menarik dan of course nak cari makan.

Biasa kalau sebut Myeongdong ni tak lari dengan shopping skin care dan night market dieorang. Sebenarnya bukan sahaja terkenal dikalangan pelancong sahaja, tetapi orang Korea sendiri juga ramai disini.

Disebabkan itulah, siapa-siapa sahaja pergi Korea, dalam itinerari dieorang mesti dan wajib kena masukkan Myeongdong dalam senarai. Terutamanya bagi yang berada di Seoul la. Kalau daerah lain, jauh tu mungkin boleh consider.

Jadi dah datang sini shopping, mesti penat lepas tu. Untuk dapatkan kembali tenaga, sudah tentu kena makan kan. Korea pun sekarang tak susah sangat nak cari makanan halal dan jangan risau area Myeongdong ni pun dah banyak restoren halal dan mesra muslim.

💡Table Of Contents

  1. Kampungku
  2. Maehwa Yanggochi
  3. Bakso Bejo
  4. Busan Jib
  5. Kim Seri Restaurant

Untuk anda yang pertama kali nak pergi Seoul, Korea nanti dan tak tahu nak makan mana bila jejak di Myeongdong, anda boleh tengok sini senarai 5 restoren halal yang anda boleh singgah dan nikmati tanpa ragu.

Senarai 5 Restoren Halal Di Myeongdong, Seoul

Dalam trip ke Seoul Korea bersama family aku sebelum ini pun, aku ada singgah di restoren dalam senarai ini. Itinerari aku pun ada masukkan Myeongdong. Jadi sebab dah ada kat sini dan taknak cari makan jauh-jauh singgah la makat kat sini.

1)  Kampungku

Restoren halal paling terkenal di Myeongdong dan mungkin di seluruh Korea rasanya jatuh kepada Kampungku. Selain jadi restoren, mungkin jadi tempat melawat wajib terutamanya untuk orang Malaysia. Manakan tidak, masuk je macam kat kedai di Malaysia, semua cakap melayu.

Kat sini selain daripada masakan melayu yang disediakan, masih ada juga hidangan Korea tapi disesuaikan dengan citarasa Malaysia la. Mesti ada yang nak pedas-pedas sikit kan. Tak perlu risau, sediakan duit sahaja.

Kampungku Halal Restaurant

Kat sini, korang boleh order nasi lemak, nasi goreng, tomyam, ayam paprik, sate dan korang wajib try adalah ayam goreng; sama ada original atau marinated. Sumpah sedap gila, lagi pula kalau makan masa musim sejuk.

Makanan Korea pun ada macam Kimchi, Budae Jjigae, Bulgogi, Ramyeon dan sebagainya. Nak order, boleh terus daripada skrin sesentuh yang disediakan di setiap meja. Jadi boleh la tengok dulu, tanpa tekanan.

Harga pun lebih kurang 8000 Won untuk nasi goreng kampung, nasi putih 1000 Won. Untuk sekali makan mungkin boleh sampai RM20-RM30 seorang lah. Untuk nak bajet, boleh la ikut harga ini lebih kurang.

Selain tempat makan, kalau korang nak solat, disini disediakan surau juga di tingkat 3. Kedai makan 2 tingkat dan atas sakali ada ruang solat. Kalau tak makan kat sini dan nak solat sahaja pun boleh, jangan risau.

Kampungku Halal Restaurant

Lokasi : Kampungku ni kena jalan sikit bila keluar daripada Myeongdong Station Exit 3. Menghala ke Namsan Tower, boleh nampak la daripada restoren ni. Lokasi sebenar di Google SINI

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 11 am hingga 10 pm (last order 9 pm)

2)  Maehwa Yanggochi

Ini merupakan restoren chinese muslim. Selain itu, nama lain Maehwa Lamb House Myeongdong atau Maehwa Lamb Skewer. Paling famous kat sini boleh cuba lamb skewer bbq dia. Makan dan masak sendiri.

Datang sini kena cuba lamb chop dan lamb skewers dengan harga 12000 Won ke 13000 Won. Nanti boleh dapat 10 cucuk bagi setiap hidangan. Lepas tu boleh bakar sendiri atas alat pemanggang yang disediakan atas meja.

Maehwa Yanggochi Lamb Skewer Myeongdong

Paling best bila dah siap panggang dan makan bersama serbuk cili yang disediakan. Sumpah sedap. Makan macam tu tanpa nasi pun dah sedap gila. Sebab restoren cina, ada jual Nasi Goreng Cina sahaja selain hidangan Korean. Piliha daging lain pun banyak.

Lokasi : Selang satu bangunan daripada Kampungku. Jumpa Maehwa Lamb House ini dahulu dan kemudian baru lalu Kampungku. Lokasi sebenar di Google SINI

Waktu Operasi : Buka setiap hari dari 11 am hingga 10.20 pm

3)  Bakso Bejo

Satu lagi restoren yang ada berdekat dengan Maehwa Yangghochi dan Kampungku ini adlaah Bakso Bejo Korean Halal Resturant. Betul-betul sebelah restoren Maehwa tapi tingkat atas. Tengok nama pun dah tahu, dieorang sediakan makanan Indonesia.

Kat sini paling famous ayam bakar dieorang. Jadi anda boleh order Nasi Goreng Ayam Bakar atau Nasi Ayam Bakar dengan harga masing-masing 12,000 Won dan 10,000 Won. Selain itu, ada juga Ayam Geprek, Nasi Gulai Jantung, Nasi Rendang dan sebagainya.

Bakso Bejo

Bakso of coz la ada. Dengan dengan set jumbo, kombinasi, telu, spesial dan sebagainya. Harga antara 10,000 Won dan 15,000 Won.

Lokasi : Sebelah restoren Maehwa Yanggochi di tingkat 1. Lokasi sebenar di Google SINI

Waktu Operasi : Buka setiap hari (10 am - 10 pm)

4)  Busan Jib

Walaupun nama Busan Jib, tapi restoren ini terletak di Seoul iaitu di Myeongdong. Kat sana takda tau. Kat sini disediakan makanan halal untuk semua muslim. Tak perlu reservation, ada kosong, boleh je duduk dan terus order.

Busan Jib

Kat sini ada menu Ikan Bakar, Asam Pedas, Bulgogi dan sebagainya. Dikatakan sini juga antara BBQ paling famous anda kena cuba. Dia lebih kepada kepingan daging. Penat-penat jalan, singgah disini nanati.

Lokasi : Kedai dia ni betul-betul dalam kawasan Myeongdong Night Market tapi pintu masuk dia dalam salah satu lorong kecil. Jadi kena cari la sikit. Lokasi sebenar di Google SINI

5)  Kim Seri Resturant

Akhir sekali adalah restoren terbaru yang dibuka di sekitar Myeongdong ini iaitu Kim Seri Restaurant. Pemiliknya adalah orang Malaysia seorang Tiktoker terkenal juga. Beliau merupakan seorang cikgu dan kini berjaya buka restoren dengan nama beliau.

Di restoren ini menyediakan masakan Malaysia seperti gulai lemak, karing daging, ayam masak merah, nasi goreng ayam KFC, ayam kicap, daging pedas dan banyak lagi. Katanya paling anda kena cuba Mee Goreng Basah dengan harga 11,000 Won sahaja.

Lokasi : Tepi jalan besar di Myeongdong bersebelahan dengan Daiso 12 tingkat. Lokasi sebenar di Google SINI.

Waktu Operasi : Setiap hari buka kecuali Isnin - 10.30 am hingga 10.00 pm (last order 9.30 pm)

Kim Seri Resturant

Jadi ini lah antara 5 restoren halal dan mesra muslim yang ada di Myeongdong. Jadi lepas ni, kalau anda berada di kawasan sekitar, boleh singgah di sini untuk nikmati makanan halal lagi bersih. Nanti kita cerita makanan halal di Myeongdong Night Market pula.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Senarai 5 Restoren Halal Di Myeongdong, Seoul Korea"

Comment Author Avatar
Menarik... InsyaAllah jika diberi keiizinan ke Korea, bolehlah jadikan senarai restoran ni lokasi untuk dituju