Jadual Dan Keputusan Final Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023

Jadual Dan Keputusan Final Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023

Sukan Sepaktakraw kini kembali dan peminat mereka pastinya tidak sabar-sabar untuk melihat aksi bagi setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023.

💡Table Of Contents

  1. Kejohanan Piala Tun Ali
  2. Piala Tun Ali 2023
  3. Format Pertandingan
  4. Senarai Pasukan & Undian
  5. Siaran Langsung
  6. Jadual & Keputusan Final
    1. Regu-Double
    2. Antara Regu

Kejohanan Piala Tun Ali

Kejohanan Piala Tun Ali diadakan adalah bertujuan untuk mencari pelapis baru dimana pasukan-pasukan yang mengambil bahagian akan menonjolkan pemain-pemain muda.

Ini merupakan kejohanan untuk edisi kedua dan buat kali pertama ianya berlangsung pada tahun 2022 sekitar Ogos yang lalu.

Johor merupakan juara sulung bagi kejohanan ini yang dikecapinya pada edisi lalu selepas berjaya menundukkan Melaka 2-0 pada aksi final.

Piala Tun Ali 2023

Untuk edisi kali ini, kejohanan Piala Tun Ali 2023 akan berlangsung dari 13 hingga 19 November 2023 bertempat di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka.

Secara keseluruhan, sebanyak 24 pasukan yang mengambil bahagian termasuk 4 kelab jemputan luar negara iaitu dari Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina.

Format Pertandingan

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan pada tahun ini iaitu antara regu dan regu-double. Kedua-dua kategori akan bermula pada peringkat kumpulan.

Terdapat 8 kumpulan bagi kategori antara regu dan 8 kumpulan untuk regu-double dan setiap daripadanya mempunyai 3 pasukan.

Hanya juara dan naib juara kumpulan bagi kedua-dua kategori yang akan mara ke peringkat kalah mati, bermula pada pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan final.

Senarai Pasukan & Keputusan Undian

pasukan regu double piala tun ismail 2023

pasukan antara regu piala tun ismail 2023

Siaran Langsung Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023

Bagi anda yang ingin menyaksikan kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023, anda boleh datang ke lokasi dewan pertandingan dengan harga tiket RM5.00 sekali masuk

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 atau secara online di Astro Go dan live streaming di Sooka.

Selain itu, juga tersedia di laman facebook rasmi Persatuan Sepaktraw Malaysia - PSM. Boleh tonton secara percuma.

Jadual & Keputusan Final

Berikut merupakan senarai jadual untuk peringkat final dalam kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023 yang berlangsung pada 19 November 2023

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas selesai atau tamat perlawanan bagi kedua-dua kategori.

REGU-DOUBLE

19 November 2023 (Ahad)
Phitsanulok TC (1) - (2) PDRM - [21-23, 21-19, 15-21] 3.00 pm | Astro Arena

*PDRM muncul juara Regu-Double Piala Tun Ali 2023

ANTARA REGU

19 November 2023 (Ahad)
Negeri Sembilan vs Perak - [25-24, 7-21, 14-21] 5.00 pm | Astro Arena

*Perak juara Antara Regu Piala Tun Ali 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post