Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia Live Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Kini tiba untuk perlawanan kedua wakil Asia dalam Kumpulan D bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan antara yang akan berlangsung adalah pertemuan antara Chinese Taipei vs Malaysia.
Perlawanan ini akan berlangsung pada 21 November 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Perbandaran Taiwan di Bandar Taipei. Kali ini Harimau Malaya akan bertandang ke tempat lawan menjadi pasukan pelawat.
💡Table Of Contents
- Kemenangan Pertama
- Sejarah Pertemuan
- Jumlah Mata Diperoleh Sekiranya Menang
- Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia
- Jadual Dan Keputusan Terkini
Kemenangan Pertama Diperoleh
Kedua-dua pasukan ini telah menghadapi perlawanan awal pada Khamis yang lalu. Malaysia bertemu Krygyzstan dan Bukit Jalil. Manakala Chinese Taipei berhadapan dengan Oman ketika bermain di Muscat.
Kita sudah tahu bagaimana come back yang dilakukan oleh pemain-pemain Harimau Malaya pada malam tersebut apabila menang 4-3 dengan jaringan pada minit-minit akhir meskipun sudah ketinggalan 1-3 pada awalnya.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Kim Pan Gon ketika itu sangat luar biasa sehingga FIFA sendiri memberikan perhatian dan pujian pada perlawanan tersebut. Lagi pula, rangking 137 mampu untuk menewaskan rangking 97.
Berbeza dengan apa yang dialami oleh Chinese Taipei apabila pulang tanpa sebarang mata pada perlawanan tersebut. Pasukan tuan rumah sepertinya tidak memberikan ruang untuk pihak lawan menjaringkan gol apabila menang dengan jaringan 3-0.
Dengan keputusan tersebut, Oman dan Malaysia kini mengungguli carta kumpulan D dengan masing-masing mengumpul 3 mata. Manakala Krygyzstan dan Chinese Taipei di tempat ke-3 dan ke-4 dengan menunggu perlawanan seterusnya.
Dalam perlawanan kali ini, mungkin akan ada perubahan kedudukan dalam kumpulan. Jadi bagi mengelakkan pasukan negara turun ke tangga ke bawah, tidak boleh tidak, Malaysia perlu menang menentang Chinese Taipei.
Sejarah Pertemuan
Untuk perbandingan rangking FIFA Chinese Taipei dan Malaysia adalah 152 berbanding 137. Jika dilihat di atas kertas, Malaysia sepertinya tidak mempunyai masalah besar untuk menang dan pulang dengan 3 mata.
Tetapi sejarah pertemuan kedua-dua pasukan menafikannya. Sejak tahun 1963, bermula daripada Pestabola Merdeka, Malaysia telah bertemu sebanyak 12 kali dengan Chinese Taipei dan Taiwan. 6 menang, 2 seri dan 4 kalah.
Meskipun begitu, Malaysia tidak pernah menang terhadap pasukan ini ketika bermain di tempat lawan, walaupun mereka mempunyai rangking yang lebih rendah. Pertemuan kali terakhir juga kita tewas 0-2 pada tahun 2018. Kali terakhir menang pada 2011.
Jumlah Mata Diperoleh Sekiranya Menang
Selain daripada mengejar slot Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. Dengan kemenangan ini juga, mampu memberikan pasukan negara tambahan mata rangking FIFA sekali gus mampu memperbaiki kedudukan yang lebih baik.
- Menang +10.66
- Seri -1.84
- Kalah -14.34
Dengan kemenangan, kita mungkin mampu berada dalam kedudukan 130 pasukan terbaik bola sepak FIFA. Perlu tunggu kemaskini terbaru yang akan dibuat tidak lama lagi. Misi wajib menang dan bukan seri mahupun kalah.
Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia
Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan perlawanan yang bakal melakar sejarah negara dalam pertemuan ini. Walaupun bermain jauh di Taiwan, peminat bola sepak, boleh saksikan di kaca tv sahaja.
Sama seperti perlawanan sudah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau secara online di Astro Go. Tiada tontonan di saluran percuma sama ada di RTM mahupun TV9.
Tapi jangan risau, ada alternatif dimana anda boleh tonton secara online dengan menggunakan platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Boleh langgan dengan harga RM12.90 untuk tontonan 24-jam.
Kalau tak mampu juga, masih ada lagi cara lain untuk anda menyaksikan perlawanan Chinese Taipei vs Malaysia ini iaitu menerusi tayangan Skrin Besar yang disediakan oleh pihak JBSN di 7 lokasi terpilih seluruh Malaysia. Boleh tengok percuma.
*Home game dapat 16 lokasi, game away dapat 7 tempat je? Pelik...
Jadual Dan Keputusan Terkini
Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan peringkat kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Chinese Taipei vs Malaysia pada 21 November ini langsung dari Stadium Perbandaran Taiwan atau live di Astro.
Selepas tamat perlawanan nanti, anda boleh dapatkan keputusan penuh disini dengan jumlah jaringan dan senarai penjaring bagi kedua-dua pasukan. Tidak lain tidak bukan, semoga kemenangan untuk pasukan Harimau Malaya
FT : Chinese Taipei (0) - (1) Malaysia
- Darren Lok 72'
Masa : 7.00 Malam
Venue : Stadium Perbandaran Taipei
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 2
Post a Comment for "Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia Live Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia"
Post a Comment