Siaran Langsung Live JDT vs Kuching City Liga Super 2023

Siaran Langsung Live JDT vs Kuching City Liga Super 2023

Liga Super 2023 kini bersambung. Bermula dengan satu perlawanan terlebih dahulu pada minggu ini iaitu pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC (JDT) vs Kuching City FC yang mana akan berlangsung pada 23 November 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Jika anda perasan, kali terakhir saingan Liga Super berlangsung pada pada 28 Oktober yang lalu kira-kira hampir sebulan yang mana ketika itu untuk saingan minggu kedua puluh tiga. Minggu ini sudah masuk minggu kedua puluh empat (LS24) dan semua pasukan terlibat.

Tetapi dalam tempoh sebulan tersebut, bukanlah tiada apa-apa perlawanan bola sepak. Masih berlangsung saingan Piala Malaysia beserta beberapa perlawana peringkat Asia termasuklah FIFA Day yang melibatkan pasukan Harimau Malaya di singan antarabangsa.

Dengan kembalinya saingan liga ini, pastinya peminat-peminat bola sepak tempatan khususnya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan kembali aksi-aksi pasukan kesayangan mereka dengan lebih dekat apabila boleh datang ke stadium semula.

Untuk pertemuan JDT dan Kuching City ini, ianya merupakan pertembungan kali kedua. Mereka sebelum ini pernah bertemu juga dalam saingan liga pada Mei yang lalu dimana ketika itu bermain di Sarawak. Telah menyaksikan JDT berjaya menumpaskan Kuching City dengan jaringan 4-0.

Untuk pertemuan kali kedua ini, giliran JDT menjadi tuan rumah. Kuching City akan datang ke sebagai pasukan pelawat dan pastinya cuba sehabis mungkin untuk memberikan tentang kepada pasukan lawan demi meraih keputusan positif pada malam tersebut.

JDT dan Kuching City sebenarnya masing-masing mempunyai misi berlainan disamping saingan liga. JDT akan cuba mempertahankan trofi Piala Malaysia sekali lagi pada tahun ini apabila akan beraksi di final menentang Terengganu pada Disember ini.

Manakala Kuching City juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya sampai ke final Challenge Cup 2023 bertemu Penang pada hujung November ini. Pastinya trofi pertama yang diidam-idamkan oleh pasukan tersebut. Peluang terbaik mereka untuk mencipta sejarah.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Bangsa Johor terutamanya pasti tidak sabar-sabar untuk kembeli ke stadium keramat mereka bagi menyaksikan perlawanan ini pada malam nanti. Sebelum ni, asyik menonton di tv sahaja, kini mereka boleh tengok semula di stadium.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket yang mana kini sudah mula dijual dan penyokong pasukan tuan rumah boleh beli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Tiada penjualan tiket fizikal di stadium.

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Kuching City

Tetapi pastinya ramai juga yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, ditambah dengan penonton lain juga ingin menyaksikan perlawanan ini, jangan risau. Ini kerana ianya turut dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Manakala untuk mereka yang tidak mempunyai akses Astro, anda masih boleh tonton menggunakan platfrom Sooka secara live streaming sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pas satu perlawanan serendah RM9.90 sahaja. atau pas bulanan berharga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan JDT vs Kuching City Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC vs Kuching City FC untuk aksi Liga Super 2023 LS24 yang mana ianya akan berlangsung pada 23 November ini, hari Khamis bertempat di Stadium Sultan Ibrahim dengan waktu sepak mula pada 8.15 malam.

Untuk keputusan perlawanan pula, ianya akan dikemaskini sejurus selepa tiupan wise pada malam malam tersebut. Disini akan dipaparkan jumlah jaringan yang diperoleh bersama-sama senarai penjaring gol untuk setiap pasukan.

23 November 2023 (Khamis)

FT : JDT (2) - (0) Kuching City

  • Bergson da Silva 34'
  • Juan Muniz 42'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post