Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Hai Phong AFC Cup 2023

Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Hai Phong AFC Cup 2023

Takkan nak kalah untuk kali kedua kan. Sabah FC pastinya akan memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri kali ini bagi menewaskan wakil kelab bola sepak Vietnam, Hai Phong FC pada Khamis ini di Likas.

Pertemuan kali kedua Sabah vs Hai Phong ini akan berlangsung pada 9 November 2023, hari Khamis pukul 8.00 malam dan ini merupakan pertembungan kali kedua untuk kedua-dua pasukan ini. Kali pertama adalah pada 25 Oktober yang lalu.

Ketika itu Hai Phong mendapat giliran menjadi tuan rumah terlebih dahulu. Dengan itulah, mereka tidak mensia-siakan peluang tersebut sekali gus mampu menundukkan Sabah dengan jaringan 3-2 meskipun mereka cuba bangkit pada saat-saat akhir.

Dengan keputusan tersebut, menyaksikan Hai Phong kini mengguli carta kedudukan bagi kumpulan H tetapi berkongsi mata dengan Sabah iaitu 6 mata. Diikuti Sabah ditempat kedua, PSM Makassar di tangga ke-3 dan terakhir Hougang United.

Meskipun begitu, setiap pasukan kini masih berpeluang untuk layak ke pusingan seterusnya. Masih tiada lagi pasukan yang betul-betul selesa selepas tiga perlawanan pertama ini. Masing-masing pernah menang dan tewas, tetapi tiada lagi yang meraih keputusan seri.

Kali ini Sabah pula akan menjadi tuan rumah pada perlawanan keempat. Jika sebelum ini, mereka hanya tewas tipis 2-3 sahaja, kini bermain di tempat sendiri, pastinya mereka tidak mahu keputusan sedemikian berulang kembali.

Dengan kelebihan yang ada, pastinya mereka akan memanfaatkan sebaiknya. Bermain di tempat yang mereka selesa, tidak perlu travel ke tempat yang jauh dan semestinya dengan kehadiran penyokong sendiri itu juga mampu memberikan kelebihan kepada Sabah.

Jadi orang-orang Sabah terutamanya penyokong Sabah FC, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada malam perlawanan. Berikan sokongan yang padu kepada pasukan bola sepak kegemaran anda sehingga kecapi kemenangan.

Oleh itu, dapatkan segera tiket masuk stadium bagi menyaksikan perlawanan Sabah vs Hai Phong menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Pembelian hanya secara online dan tiada penjualan tiket fizikal.

Semoga dengan kehadiran penyokong yang ramai, pemain-pemain Sabah FC mampu memberikan permainan yang terbaik sepanjang perlawanan. Pastinya 3 mata diburu sekali gus akan mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan H ini.

Jadual Dan Siaran Langsung Sabah vs Hai Phong 9 November 2023 (AFC Cup 2023)

Untuk yang tidak berkesempatan datang ke stadium pada malam perlawanan, jangan risau. Ini kerana Sabah vs Hai Phong turut akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Manakala bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming di platform laman web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia yang mempunyai siaran Arena Bola dengan harga RM28.90 sebulan.

Jadi jangan lupa temu janji kita untuk saksikan perlawanan keempat peringkat kumpulan AFC Cup 2023 antara Sabah FC vs Hai Phong FC pada 9 November ini, hari Khamis bertempat di Stadium Likas Kota Kinabalu

9 November 2023 (Khamis)

FT : Sabah (4) - (1) Hai Phong

  • Daniel Ting 20'
  • Darren Lok 34'
  • Gabriel Peres 70"
  • Yuri Mamute 85'
  • Jafri Firdaus 90+5'

Masa : 8.00 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link1 | Link2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Hai Phong AFC Cup 2023"