Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Perak Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Perak Liga Super 2023

Menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu kedua puluh empat (LS24) kali ini adalah pertemuan antara Selangor FC vs Perak FC dimana akan berlangsung pada 25 November 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Seteru ini sudah lama berlaku. Setiap kali pertemuan antara kedua-dua pasukan ini pastinya menjadi antara perbualan hangat dan sudah tentu ramai yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan aksi kedua-dua pasukan ini nanti.

Untuk tahun 2023, Selangor dan Perak hanya pernah bertemu sekali sahaja iaitu dalam saingan liga. Tidak pernah bertembung sama ada dalam kejohanan Piala FA, mahupun Piala Malaysia. Jadi ini merupakan pertemuan kali kedua.

Pada pertama kali, adalah ketika pusingan pertama dimana perlawanan tersebut telah diadakan di Ipoh. Dalam perlawanan tersebut, nampaknya Selangor tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengenepikan cabaran tuan rumah apabila menang 4-0.

Misi semakin sukat untuk Perak menebus kekecewaan tersebut. Ini kerana Selangor mempunyai lebih kelebihan berbanding Perak. Bermain di tempat sendiri pastinya advantage untuk pasukan tuan rumah. Ditambah lagi dengan kehadiran penyokong.

Jika dilihat prestasi semasa terutamanya dalam saingan liga, juga menang kepada Selangor. Dalam 3 perlawanan terakhir, Selangor menang kesemuanya, tetapi Perak tewas sekali. Ini juga memberi kelebihan kepada Selangor.

Bukan itu sahaja, Selangor pastinya tidak mahu keciciran mata lagi. Ini merupakan masa terbaik untuk mereka terus berada di tempat kedua liga bagi melayakkan mereka bermain di Asia pada musim hadapan. Kedah kini mengekori rapat.

Tidak boleh tidak, Selangor mesti menang. Jadi mangsa yang sepatutnya tewas kali ini adalah pasukan Perak. Tinggal dua lagi perlawanan selepas menentang Perak. Peluang terbaik untuk terus berada di tempat yang selesa dibelakang juara sedekat, JDT

Datang Ke Stadium Ramai-Ramai

Jadi bagi mengelakkan Selangor berputih mata, penyokong-penyokong juga perlu memainkan peranan masing-masing. Datang ke stadium dan berikan sokongan dan sorakan semangat untuk pemain bermain dengan lebih baik sehingga capai kemenangan.

Jangan lupa dapatkan tiket masuk yang kini sudah mula dijual secara online. Anda boleh sekarang menerusi laman web di www.tickethotline.com.my dengan harga RM20 untuk tiket terbuka dan RM25 untuk tiket grandstand. Kanak-kanak hanya perlu bayar RM5 sahaja. OKU masuk percuma.

Siaran Langsung Selangor vs Perak Liga Super 2023

Tapi untuk yang tidak berkesempatan hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini dari rumah sahaja. Tak perlu keluar bersesak-sesak untuk menonton bola sepak. Boleh layan beramai-ramai di rumah dengan keluarga.

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Untuk yang ingin menonton secara live streaming, boleh menggunakan platform rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi Sooka secara percuma.

Jadual & Keputusan Terkini

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan dalam aksi Liga Super 2023 LS24 antara Selangor FC vs Perak FC pada 25 November ini bertempat di Stadium MBPJ atau boleh tonton secara online di RTM secara percuma.

Keputusan perlawana pula, akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga tamat perlawanan pada petang tersebut.

25 November 2023 (Sabtu)

FT : Selangor (4) - (0) Perak

  • Sharul Nazeem 3'
  • Mukhairi Ajmal 33'
  • Yohandry Orozco 73'
  • Ayron del Valle 80'

Masa : 5.30 Petang
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post