Siaran Langsung AFC Cup 2023: Stallion Laguna vs Terengganu Keputusan Dan Live Streaming

Siaran Langsung AFC Cup 2023: Stallion Laguna vs Terengganu Keputusan Dan Live Streaming

Terengganu akan membuat perhitungan sekali lagi dengan wakil kelab bola sepak Filipina Stallion Laguna FC pada 8 November 2023, iaitu hari Rabu dan kali ini akan berlangsung di Stadium Bolasepak Binan Laguna.

Stallion Laguna vs Terengganu merupakan perlawanan pertama untuk kumpulan G pada hari ini bagi saingan AFC Cup 2023 dan pada belah malam akan berlangsung satu lagi perlawanan iaitu antara Bali United dan CCM.

Saingan AFC Cup 2023 kini sudah memasuki pusingan kedua bagi peringkat kumpulan. Selepas ini, kesemua pasukan akan bertemu dan membuat perhitungan sekali lagi dan pastinya masing-masing memburu kedudukan pertama dalam kumpulan untuk layak ke peringkat seterusnya.

💡Table Of Contents

  1. Terengganu Inginkan Kemenangan
  2. Adakah Stallion Laguna Mampu Bangkit?
  3. Siaran Langsung Stallion Laguna vs Terengganu
  4. Keputusan Terkini
  5. Tayangan Siaran Langsung

Ini merupakan pertemuan kedua untuk Stallion Laguna dan Terengganu. Mereka telah bertemu pada 26 Oktober yang lalu dimana ketika itu perlawanan diadakan di Gong Badak. Terengganu terpaksa berpuas hati apabila hanya mampu seri 2-2 kepada Stallion Laguna FC.

Pertemuan kali ini giliran Stallion Laguna menjadi tuan rumah dan akan melayan kunjungan Terengganu di Laguna. Adakah mereka mampu memanfaatkan kelebihan tersebut atau Terengganu mampu merancanakan sesuatu nanti?

Terengganu Inginkan Kemenangan

Terengganu FC kini berada di kedudukan kedua dibelakang CCM dan hanya dibezakan dengan 1 mata sahaja. Tetapi mereka juga terus dikejar oleh Bali United yang kini berada di tempat ketiga juga dibezakan dengan 1 mata.

Tidak boleh tidak, Terengganu perlu mencari 3 mata penuh dalam perlawanan ini bagi menjarakkan diri daripada pasukan lawan sekali gus merampas kedudukan pertama daripada CCM sekiranya mereka tewas kepada Bali United nanti.

Finalist Piala Malaysia itu pastinya akan memberikan saingan yang tinggi meskipun bermain di tempat lawan. Jika CCM dan Bali United pernah menewaskan Stallion Laguna, sepatutnya Terengganu juga mampu berbuat demikian.

Adakah Stallion Laguna Mampu Bangkit?

Antara 4 pasukan dalam kumpulan ini, Stallion Laguna satu-satunya pasukan yang masih belum meraih sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir. Mereka sudah tewas 2 kali dan seri sekali sebelum ini. Adakah mereka mampu mencatatkan kemenangan kali ini?

Siaran Langsung Stallion Laguna vs Terengganu 8 November 2023 (AFC Cup 2023)

Saksikan siaran langsung perlawanan AFC Cup 2023 antara Stallion Laguna FC menentang Terengganu FC pada 8 November 2023, hari Rabu jam 4.00 petang waktu Malaysia yang berlangsung di Stadium Bolasepak Binan, Laguna.

Keputusan Terkini

Berikut merupakan keputusan terkini dalam perlawanan Stallion Laguna vs Terengganu yang akan dikemaskini secara langsung hingga tamat masa penuh pada petang.

FT : Stallion Laguns (2) - (3) Terengganu

  • Junior Ngong Sam 3'
  • Griffin McDaniel 14'
  • Matthew Nierras 33' (OG)
  • Ivan Mamut 67'
  • Sony Norde 86'

Masa : 4.00 Petang
Tempat : Stadium Bolasepak Binan
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link1 | Link2

Siaran Langsung

Jadi untuk penonton yang ingin menyaksikan perlawanan AFC Cup Stallion Laguna vs Terengganu, boleh berbuat demikian menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) iaitu pada pukul 4.00 petang.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming sama menggunakan Astro Go atau menerusi platform Sooka iaitu di laman web atau aplikasi mobile.


Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung AFC Cup 2023: Stallion Laguna vs Terengganu Keputusan Dan Live Streaming"