Siaran Langsung Live Terengganu vs Sabah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Terengganu vs Sabah Liga Super 2023

Liga Super 2023 untuk minggu kedua puluh empat (LS24) diteruskan lagi untuk hari kedua. Sekali lagi, hanya satu perlawanan yang berlangsung pada hari ini iaitu pertemuan antara Terengganu FC vs Sabah FC pada 24 November 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Jika semalam kita sudah ketahui keputusan antara JDT dan Kuching City yang mana sekali berkesudahan dengan kemenangan kepada pasukan tuan rumah ketika itu, iaitu JDT dengan jaringan 2 gol tanpa balas apabila menerima kunjunga Kuching City.

Kali ini, giliran Terengganu dan Sabah pula bakal menunjukkan aksi yang terbaik yang pastinya kedua-dua pasukan ini dambakan 3 mata penuh bagi memperbaiki kedudukan liga terutamanya Sabah meskipun saingan merebut peluang ke slot Asia semakin tertutup.

Kedua-dua pasukan ini hanya pernah bertemu sekali sahaja pada edisi 2023. Kali pertama adalah pada bulan Mei yang lalu, juga dalam saingan Liga Super. Ketika itu, perlawanan berlangsung di Likas dan ianya berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Jika dilihat daripada segi kelebihan, pasti ianya berpihak kepada Terengganu selaku tuan rumah. Mereka lebih selesa di tempat sendiri dan ditambah pula dengan kehadiran penyokong yang membanjiri stadium untuk berikan sokongan kepada pasukan kesayangannya.

Akan tetapi, jika dilihat 3 perlawanan terakhir bagi kedua-dua pasukan. Ianya berpihak kepada Sabah. Untuk Terengganu, mereka menang, kalah dan seri sekali. Manakala Sabah menang kesemuanya dan baru sahaja membelasah Kelantan dengan jaringan yang besar 7-0.

Mungkin dengan prestasi semasa tersebut, akan memberikan tonik tambahan untuk berhadapan dengan Terengganu di tempat lawan. Oleh itu, pasukan tuan rumah tidak sepatutnya memandang rendah atau 'underestimate' pasukan lawan.

Harus diingat, selain JDT, Terengganu dan Sabah juga antara kelab bola sepak Malaysia yang masih bermain di saingan AFC Cup. Jadi percaturan yang terbaik perlu digunakan, bagi mengelakkan sebarang kecederaan pemain atau kepenatan.

Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Penyokong kedua-dua kelab bola sepak ini pastinya tidak sabar-sabar untuk kembali ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini terutamanya untuk skuad Penyu. Merasai kehangatan kembali saingan liga yang semakin ke penghujung.

Jadi jangan terlepas untuk datang dan penuhkan setiap ruang di dalam stadium sekaligus memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan. Dapatkan sekarang tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Sabah

Untuk yang tidak berkesempatan untuk hadir bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara Terengganu dan Sabah ini, anda masih boleh tonton secara langsung iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Bagi yang tiada tv atau bukan pelanggan Astro, jangan risau, anda boleh tonton perlawanan ini iaitu secara live streaming sama ada menerusi laman web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pas liga malaysia dengan harga serendah RM9.90 untuk satu perlawanan.

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Sabah Liga Super 2023

Jadi jangan lupa untuk saksikan pertemuan antara Terengganu FC vs Sabah FC dalam saingan Liga Super 2023 LS24 pada 24 November ini, hari Khamis bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin atau secara langsung di Astro.

Berikut merupakan jadual perlawanan dan keputusan terkini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut. Ketika itu, anda boleh ketahui pasukan manakah yang menang, tewas atau mungkin berakhir dengan keputusan seri.

24 November 2023 (Jumaat)

FT : Terengganu (0) - (4) Sabah

  • Ramon Machado 6'
  • Saddil Ramdani 29'
  • Miguel Cifuentes 40'
  • Jafri Firdaus Chew 48'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post