Telefilem Awak Kat Mana? Di TV9 (Skrin Di 9)

Telefilem Awak Kat Mana? Di TV9 (Skrin Di 9)

Saksikan telefilem Awak Kat Mana? yang akan menemui penonton pada 3 November 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi Mache AllStar United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Din Glamour dengan nukilan skrip daripada MF Kenchana dan hasil idea Erma Erima.

Sinopsis Telefilem Awak Kat Mana?

Telefilem Awak Kat Mana menampilkan barisan pelakon seperti Afiq, Chacha Maembong, Bell Ngasri, Sazrin Aizul, Annie Arifin, Jaja Ileyas, Mat Over dan Delimawati.

Mereka dibantu oleh Mubarak Majid, Mak Jah, Din Glamour, Yie Arjuna Sukma, Muhammad Azeem, Zura, Ashikin dan ramai lagi.

  • Raja Afiq sebagai Farid
  • Chacha Maembong sebagai Fazira
  • Bell Ngasri sebagai Azman
  • Sazrin Aizul sebagai Zamri
  • Annie Arifin sebagai Fathia
  • Jaja Ileyas sebagai Liya
  • Mat Over sebagai En. Salleh
  • Delimawati sebagai Pn. Faridah

Ianya mengisahkan tentang Farid yang asyik memikirkan dan mencari seorang gadis cantik bernama Fazira.

Pada awalnya, Farid hadir ke majlis makan malam Azman dan Liya. Farid ternampak Fazira di majlis tersebut. Fazira sebenarnya hanya mengikut kakaknya, Fathia yang juga merupakan kawan kepada Liya.

Farid tidak sempat untuk berkenalan dengan Fazira kerana mereka telah pulang awal. Sejak itu, Farid asyik memikirkan tentang Fazira dan pelbagai cara dilakukan untuk bertemu dengan Fazira.

Adakah dia Berjaya bertemu dengan gadis pujaannya itu?

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Awak Kat Mana? Di TV9 (Skrin Di 9)"