Telefilem Ciptaan Terindah (TV3)

Saksikan telefilem Ciptaan Terindah yang akan menemui penonton semula pada 24 November 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 9.00 malam di saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2013 ini merupakan terbitan syarikat produksi Urban AD Sdn. Bhd., diarahkan oleh Michael Ang dengan nukilan skrip daripada Farhana Fauri.

Telefilem Ciptaan Terindah (TV3)

Sinopsis Telefilem Ciptaan Terindah

Telefilem Ciptaan Terindah menampilkan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Amar Asyraf, Tasha Shila, Liza Abdullah, Arash Mohd dan ramai lagi.

  • Emma Maembong sebagai Nurul Syifa
  • Amar Asyraf sebagai Mukhriz
  • Tasha Shila sebagai Dayana
  • Liza Abdullah sebagai Datin Laili
  • Arash Mohd sebagai Dato Ashraf

Ianya mengisahkan tentang Syifa seorang gadis cacat sejak lahir kini bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Datin Laili.

Datin Laili sering mendera Syifa kerana tidak menyukainya dan menghalan anaknya iaitu Mukhriz untuk bersama Syifa.

Disebabkan itu, Mukhriz membawa Syifa ke luar negara untuk berkahwin. Datin Laila terkejut apabila mengetahui tindakan anaknya tersebut yang membelakangi dirinya sebagai ibu.

Namun keadaan di luar dugaan berlaku apabila terbongkat Syifa sebenarnya merupakan anak kandung Datin Laili. Hal ini menyebabkan Mukhriz dan Syifa terpaksa berpisah.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Ciptaan Terindah (TV3)"