Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih (TV9)

Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih (TV9)

Saksikan telefilm Dari Kekasih Kepada Kekasih yang akan menemui penonton pada 24 November 2023, hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat Primeworks Studio, diarahkan oleh Jamal Khan dengan idea asal daripada Zafran Aziz.

Sinopsis Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih

Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih menampilkan barisan pelakon seperti Dato' Hattan, Sharifah Shahira, Syamim Razi, Aman Graseka, Joey Daud, Izwan Ansor, Ropie, Ahmad Tarmizi dan ramai lagi.

  • Dato' Hattan sebagai Hattan
  • Sharifah Shahira sebagai Ira
  • Syamim Razi sebagai Amir
  • Aman Graseka sebagai Zaidi
  • Joey Daud sebagai Joey
  • Izwan Ansor sebagai Bobby
  • Ropie sebagai Budin

Ianya mengisahkan tentang seorang pemandu lori iaitu Hattan berhijrah dari kampung Kuala Pilah ke Kuala Lumpur kerana bercita-cita menjadi seorang penyanyi rock, meninggalkan kekasihnya, Ira.

Abang tiri Hattan iaitu Zaidi yang pemalas dan kaki judi telah mensabotaj Hattan sehingga mengakibatkan perhubungan Hattan dan Ira terputus. Ira juga difitnah oleh Zaidi dan orang kampung lain.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih (TV9)"