Telefilem Saka Ke Ni? Di TV3

Telefilem Saka Ke Ni? Di TV3

Saksikan telefilem Saka Ke Ni? yang akan menemui penonton pada 3 November 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 dengan menampilkan Bell Ngasri sebagai teraju utama ini merupakan terbitan syarikat produksi Creative Skill Solution, diarahkan oleh Nazir Jamaludin dengan nukilan skrip daripada Jo Sidek.

Sinopsis Telefilem Saka Ke Ni?

Telefilem Saka Ke Ni menampilkan barisan pelakon seperti Bell Ngasri, Ruminah Sidek, Anas Ahmad, Pian Kepoh, Kamarool Hj. Yusoff, Dayana, adik Adam, Ramli Abdullah, Belon Kajang dan ramai lagi.

  • Bell Ngasri sebagai Din
  • Ruminah Sidek sebagia Mak Mah
  • Anas Ahmad sebagai Man
  • Pian Kepoh sebagai Usop
  • Kamarool Hj. Yusoff sebagai Tok Bomoh
  • Dayana sebagai Mira
  • Adam sebagai Aliq
  • Belon Kajang sebagai Saka

Ianya mengisahkan tentang 3 rakan iaitu Man, Din dan Usop yang buntu untuk menyara kehidupan kerana masing-masing menggangur dan tidak mempunyai kerja.

Pada awalnya, Man bergurau untuk menculik satu keluarga kaya, tetapi Din dan Usop mengambil serius tentang perkara tersebut dengan terus menculik seorang nenek tua bernama Mak Mah.

Apakah yang berlaku seterusnya? Berjayakah mereka mendapat wang tebusan daripada penculikan tersebut? Siapa agaknya Mak Mah yang diculik itu?

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Saka Ke Ni? Di TV3"