Semalam kita sudah lihat bagaimana JDT berpesta gol menumpaskan Perak dalam perlawanan kedua Piala Malaysia 2023 dengan kemenangan 8-1 dan secara aggregat 12-2.
Dengan keputusan tersebut, telah melayakkan Johor Darul Ta'zim sekali lagi ke pusingan akhir bertemu salah satu pasukan yang akan bersaing pada hari ini antara Terengganu dan KL City.
💡Table Of Contents
Sebenarnya JDT kini telah berjaya melayakkan diri ke final Piala Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut kecuali kejohanan yang dibatalkan pada tahun 2020 akibat pandemik.
Jadi perlawanan kedua untuk separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Terengganu vs KL City ini akan berlangsung pada 3 November 2023, hari Jumaat, bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sejarah Pasukan Dalam Piala Malaysia
Sepanjang edisi Piala Malaysia diadakan Terengganu hanya pernah menang sekali sahaja iaitu pada tahun 2001 ketika bertemu Perak dengan kesudahan jaringan 2-1.
Kali terakhir Terengganu layak ke final pula juga bertemu Perak kira-kira-17 tahun selepas itu iaitu pada edisi 2018. Dalam perlawanan tersebut, penentuan sepakan penalti diadakan selepas masing-masing terikat 3-3.
Untuk KL City, secara keseluruhan, mereka kini telah memenangi kejohanan tertua di rantau Asia tersebut sebanyak 4 kali dan kali terakhir adalah pada tahun 2021 selepas berjaya menumbangkan JDT 2-0.
Itu juga lah kali terakhir KL City layak ke final yang mana sebelumnya adalah pada tahun 1989, 1988 dan 1987. Kejuaraan hatrick yang dicatatkan ketika itu.
Pertemuan Antara Kedua-Dua Pasukan Tahun 2023
Terengganu dan KL City kini telah bertemu sebanyak 4 kali secara keseluruhan pada tahun 2023. Dua perlawanan dalam saingan liga, satu perlawanan piala fa dan satu perlawanan sebelum ini dalam piala malaysia.
Dalam saingan liga, kedua-dua perlawanan tersebut berakhir dengan tanpa jaringan. Kedua-dua perlawanan masing-masing berkongsi mata.
Keputusan itu dibawa pula dalam saingan Piala FA ketika mereka bertemu dalam pusingan separuh akhir. Juga tanpa jaringan dalam tempoh 120 minit dan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. KL City menang.
Tapi dalam pertemuan keempat sebelum ini dalam perlawanan pertama separuh akhir, kita telah saksikan ada satu pemenang dimana Terengganu berjaya menewaskan KL City dengan jaringan 2-1.
Jadual Siaran Langsung Terengganu vs KL City
Perlawanan ini akan akan bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM. Untuk Astro, anda boleh layan di Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 serta secara online di Astro Go.
Manakala di RTM, boleh tune di TV Okey dan Sukan RTM. Manakala tontonan secara online boleh layari laman web rtmklik.rtm.gov.my.
Sebagai alternatif lain, anda boleh juga tonton secara live streaming di platform Sooka menerusi laman web atau aplikasi mobile. Tidak perlu langganan dan boleh tontons secara percuma.
Jadi jangan lupa saksikan perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia 2023 antara Terengganu vs KL City pada 3 November 2023, hari Jumaat bertempat di Kuala Terengganu
Keputusan Terkini
FT : Terengganu (2) - (1) KL City (Agg: 4-2)
- Ivan Mamut 42', 68'
- Romel Morales 51'
Tarikh : 3 November 2023 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan TV : Astro & RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2
*Terengganu layak ke final Piala Malaysia 2023 bertemu JDT
Post a Comment