Cara Buat Rayuan Kredit RM100 eMADANI ShopeePay Sekiranya Gagal Ditolak

Cara Buat Rayuan Kredit RM100 eMADANI ShopeePay Sekiranya Gagal Ditolak

Selepas sehari permohonan program Kredit RM100 eMadani dibuka, pelbagai riaksi yang kita boleh lihat di media sosial terutamanya. Ada yang berjaya dan ada yang gagal dan ditolak permohonan.

Kita juga sedia maklum, terdapat 4 platform eWallet yang disediakan untuk tebus kredit RM100 ini iaitu menerusi Setel, MAE by Maybank, Touch N Go eWallet dan ShopeePay.

Antara yang biasa dilihat permohonan gagal dan ditolak adalah menerusi ShopeePay. Pelbagai sebab yang diutarakan dan serta merta ditolak tersebut.

Ada yang disebabkan oleh tidak declare income tax, tidak pernah berdaftar STR, IC tak valid, dikatakan permohonan berulang dan sebagainya.

sebab permohonan emadani rm100 ditolak di shopeepay

Tapi adakah dengan penolakan tersebut, orang ramai tidak berpeluang lagi untuk mendapatkan insentif kredit eMADANI ini?

Sebenarnya tidak! Menerusi FAQ daripada pihak Shopee terutamanya. Sekiranya permohonan anda gagal atau ditolak walau apa sebab sekali pun, anda masih boleh buat rayuan.

Seperti dalam bahagian soalan-soalan lain, no. 29 yang memberitahu yang mana proses rayuan boleh dibuat jika permohonan eMADANI ditolak. 

29. Adakah terdapat sebarang proses rayuan jika permohonan eMADANI saya ditolak?

Ya, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Shopee untuk mendapatkan bantuan lanjut. Anda mungkin perlu menyediakan maklumat tambahan untuk memudahkan proses tersebut. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh membuat rayuan sebelum 20 Februari 2024.

Jadi jika permohonan anda ditolak kerana tidak memenuhu syarat, anda boleh buat rayuan bermula hari ini sehingga 20 Februari 2024.

Cara Buat Rayuan eMADANI Jika Gagal Dan Ditolak

Jadi pihak Shopee telah mengeluakan tatacara untuk mereka yang gagal dalam permohonan kredit RM100 eMADANI iaitu dengan cara menghubungi Khidmat Pelanggan di pautan Help Shopee.

Dalam proses rayuan ini, anda mungkin perlu menyediakan maklumat tambahan untuk memudahkan proses tersebut.

Langkah 1 : Pergi ke Help Shopee atau Klik Sini

Langkah 2 : Pada bahagian 'What type of user are you?' > pilih 'e-Madani Claimants'

Langkah 3 : Jika anda ada masalah berkaitan LHDN, pada Bahagian 'What is your enquiry about?' > pilih 'eMadani LHDN dispute'

*Boleh pilih mengikut sebab permohonan anda ditolak

Langkah 4 : Masukkan Shopee Username dan alamat emel

Langkah 5 : Pada bahagian Description, terangkan dengan terperinci kenapa anda ingin buat rayuan dengan merasakan sepatutnya anda layak jika mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Langkah 6 : Sediakan dokumen berkaitan bagi menguatkan lagi hujah anda tersebut.

Langkah 7 : Akhir sekali, jika semua sudah lengkap, klik Submit

Jadi anda hanya perlu tunggu sahaja jawapan daripada pihak Shopee berkenaan rayuan anda tersebut. Jika lengkap dan betul, mungkin rayuan anda diluluskan.

Sekiranya tidak berjaya juga, mungkin anda boleh cuba eWallet yang lain pula sama ada Setel, MAE atau TnG eWallet selepas itu.

Cara Buat Rayuan Kredit RM100 eMADANI ShopeePay Sekiranya Gagal Ditolak

Untuk yang baru nak mohon kredit RM100 eMADANI atau ingin ketahui lebih lanjut berkaitan program ini yang menawarkan sehingga RM600 jika mohonan menggunakan ShopeePay, anda boleh rujuk DISINI.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Buat Rayuan Kredit RM100 eMADANI ShopeePay Sekiranya Gagal Ditolak"