Cara Claim & Tebus eMADANI RM100 Touch n Go eWallet

Cara Claim & Tebus eMADANI RM100 Touch n Go eWallet

Salah satu cara untuk anda daftar dan tebus untuk dapatkan kredit e-tunai eMADANI bernilai RM100 adalah dengan menggunakan aplikasi edompet Touch n Go eWallet (TNG).

Ini sejajar seperti apa yang diumumkan oleh kerajaan adalam Belanjawan 2024 dimana peruntukan sebanyak RM1 billion menerusi program e-tunai eMADANI ini.

Secara amnya, warganegara berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 dan kebawah layak untuk menerima insentif ini.

💡Isi Kandungan

  1. Tujuan eMADANI
  2. Jumlah Yang Diperoleh
  3. Cara Tebus Kredit
  4. Tarikh Penebusan
  5. Cara Claim Guna TnG eWallet
  6. Ganjaran Daripada TnG eWallet
  7. Tempat Berbelanja
  8. Tempat Tidak Boleh Berbelanja

Tujuan Program eMADANI?

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaa transaksi cashless atau tanpa tunai disamping meringankan beban kewangan rakyat.

Selain itu, ianya juga untuk menggalakkan ekonomi digital. Jadi kredit eMADANI ini hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal sahaja. Tidak boleh untuk pembelian secara online.

Berapa Nilai Yang Diperoleh Daripada Program eMADANI?

Menerusi program eMADANI, setiap individu yang layak, anda akan peroleh kredit e-tunai sebanyak RM100 disamping inisiatif tambahan dalam bentuk baucer, cashback, diskaun, rewards dan coins.

Inisiatif tersebut adalam berbeza mengikut penyediaan eWallet yang terlibat dalam program ini.

Cara Tuntut Kredit eMADANI

Untuk anda tuntut dan tebus eMADANI RM100 ini, anda perlulah menggunakan salah satu e-dompet atau eWallet yang terpilih sahaja. Ada 4 pilihan iaitu :

  • MAE by Maybank
  • Setel
  • ShopeePay
  • Touch n Go eWallet

Tarikh Pendaftaran Dan Penebusan

Permohonan kredit eMADANI ini boleh dibuat sekali sahaja iaitu bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Manakala, ianya perlu dibelanjakan selewa-lewatnya adalah pada 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir, baki kredit yang tidak digunakan akan luput.

Selepas buat permohonan, proses tuntutan akan mengambil masa 24 jam atau sehingga 5 hari. Kemudian anda akan menerima RM100 secara 'one-off' ke dalam eWallet pilihan anda tersebut.

Cara Tebus RM100 Guna Touch 'n Go eWallet

Ikuti langkah dibawah bagi cara untuk mohon dan claim kredit RM100 menggunakan Touch n Go eWallet:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet
  2. Klik pada banner eMADANI
  3. Tik pada "I agree to..." dan klik Claim Now
  4. Pastikan nama dan no. mykad anda betul. Tik pada kotak 'I agree that...' dan klik Continue
  5. Penuhkan segala informasi yang diperlukan dan klik Submit untuk hantar permohonan
  6. Tunggu notifikasi yang akan dihantar bagi status permohoanan anda tersebut
  7. Biasanya ambil masa 24 jam

Cara Tebus RM100 Guna Touch 'n Go eWallet

Ganjaran Yang Diperoleh Guna TNG eWallet

  • Kredit e-tunai eMADANI - M100
  • GOrewards - 1000 points
  • Baucer Percuma - Lebih RM500

Tempat Untuk Berbelanja Kredit eMADANI

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI anda untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta perniagaan melalui TNG eWallet anda tersebut seperti 7-eleven, AEON, KK Mart, Daiso, Shell, Mydin, Padini, Sports Direct, Tealive, Family Mart dan banyak lagi.

Tempat Untuk Berbelanja Kredit eMADANI

dan banyak lagi...

Tempat Yang Tak Boleh Guna Untuk Kredi RM100

Anda boleh guna di semua kedai fizikal kecuali:

  1. Pemindahan 'peer-to-peer';
  2. Penebusan tunai
  3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi eWallet
  4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
  5. Bil postpaid dan prepaid telefon yang berintegrasi dengan aplikasi eWallet
  6. Pembelian permainan ('games') terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
  7. Bayaran tempat letak kereta atau tol
  8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
  9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian (online)

Untuk info lanjut berkaitan eMADANI bersama aplikasi Touch n Go eWallet, anda boleh rujuk laman rasmi Touch n Go atau Manfaat eMADANI.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Claim & Tebus eMADANI RM100 Touch n Go eWallet"