Cara Kira Dividen ASB 2023

Cara Kira Dividen ASB 2023

Sekarang kita tahu dividen ASB untuk tahun 2023 adalah 5.25% atau 5.25 sen termasuk bonus. Tapi macam mana nak kira berapa pengagihan pendapatan yang kita dapat?

BACA : Kadar Dividen ASB 2023 Telah Diumumkan

Pada tahun ini, ASB tidak mengumumkan bonus tambahan seperti tahun 2022 yang lalu dimana ada 0.5 sen tambahan yang terhad untuk 30,000 unit pertama sahaja. Lebih daripada itu, tak dapat bonus tambahan tersebut.

Jadi secara amnya, pengiraan dividen ASB tahun 2023 ni adalah stright forward sahaja. Tidak perlu kepada pengiraan kompleks pun.

Cara Kira Dividen ASB 2023

Jika anda menyimpan atau deposit atau masukkan duit pada Januari 2023 sebanyak RM100,000 dan tiada buat penambahan sehingga Disember 2023, bermakna anda hanya ada RM100,000 sahaja sepanjang tahun.

  • Cara kira = RM100,000 x 5.25% = RM5,250

RM5,250 adalah dividen yang anda peroleh untuk tahun 2023 dan kemudian tambah dengan RM100,000, dapatlah RM105,250.

Sekiranya anda ada RM50,000

  • Cara kira = RM50,000 x 5.25% = RM2,625

RM2,625 adalah dividen yang anda peroleh untuk tahun 2023 dan kemudian tambah dengan RM50,000, dapatlah RM52,625.

Sekiranya anda ada RM10,000

  • Cara kira = RM10,000 x 5.25% = RM520

RM520 adalah dividen yang anda peroleh untuk tahun 2023 dan kemudian tambah dengan RM10,000, dapatlah RM10,520.

Cara Kira Dividen ASB Yang Dibuat Penambahan Setiap bulan

Pengiraan diatas adalah terpakai sekiranya jumlah pelaburan atau duit yang anda masukkan tersebut adalah RM100,000 atau RM50,000 atau RM10,000 sejak awal tahun iaitu pada Januari dan tiada penambahan dibuat.

Bagaimana pula sekiranya anda masukkan secara bulanan dan pastinya nilai tersebut berbeza-beza setiap bulan. Macam mana pula pengiraan dividen yang diperoleh?

CONTOH

Anda dah masukkan RM100,000 terus pada 1 Januari dan kemudian buat penambahan sebanyak RM100 setiap bulan sehingga hujung tahun.

Bulan Baki Unit
Januari 100,000
Februari 100,100
Mac 100,200
April 100,300
Mei 100,400
Jun 100,500
Julai 100,600
Ogos 100,700
September 100,800
Oktober 100,900
November 101,000
Disember 101,100

Jumlah setahun = RM1,206,600

Cara kita = RM1,206,600/12 = RM100,100
RM100,550 x 5.25% = RM5278,88

Untuk lihat cara pengiraan bagi beberapa situasi lain sekiranya anda buat ASBF, ada buat pengeluaran dan sebagainya, anda boleh rujuk Panduan Pengagihan Pendapatan ASB.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post