Cara Claim Dan Tebus Kredit eMadani RM100 Guna TNG, ShopeePay, Setel Dan MAE

Cara Claim Dan Tebus Kredit eMadani RM100 Guna TNG, ShopeePay, Setel Dan MAE

Akhirnya pengumuman yang ditunggu-tunggu telah tiba. Jadi bermula 4 Disember 2023, anda sudah boleh mula tebus kredit e-tunai eMADANI dengan 4 cara sama ada menggunakan MAE, Setel, ShopeePay atau Touch 'n Go eWallet (TNG).

Kalau anda masih ingat pada bulan Julai yang lalu, kerajaan ada mengumumkan dengan menyediakan peruntukkan sehingga RM1 billion untuk program eTunai percuma ini menerusi Belanjawan 2024 untuk rakyat Malaysia yang layak.

💡Isi Kandungan

  1. Bila Boleh Mula Tebus?
  2. Syarat Permohonan?
  3. Cara Tebus e-Tunai RM100
    1. MAE
    2. Setel
    3. ShopeePay
    4. TNG eWallet

Daripada pengumuman tersebut, warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan penerima STR atau mempunyai pendapatan tahunan kurang RM100,000 layak menerima kredit e-tunai eMADANI berjumlah RM100 bagi setiap individu.

Bila Boleh Mula Daftar Dan Tebus?

Untuk permulaan, sekiranya anda layak untuk program ini, anda boleh mula daftar pada 4 Disember 2023 hingga tarikh tutup iaitu pada 20 Februari 2024. Kemudian, permohonana anda tersebut akan diproses terlebih dahulu. Mungkin seminit, sejam atau sehari.

Selepas anda peroleh kredit e-tunai tersebut, anda boleh menggunakannya sehingga 29 Februari 2024. Jadi dalam tempoh sekarang hingga tarikh akhir tersebut, anda perlu habiskan RM100 dan jika tidak, ianya akan terhapus.

Syarat Untuk Mohon Kredit e-Tunai MADANI RM100

Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023
  2. Penerima STR berdasarkan rekod pada 7 November 2023
  3. Mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah berdasarkan rekod LHDN setakat 15 Julai 2023

Cara Daftar Dan Tebus RM100 eMADANI

Kalau anda menerima e-tunai, ini bermakna anda perlu ada platform eWallet untuk menerimanya. Ianya bukan cash atau tunai, sebaliknya cashless atau kredit. Seperti yang ditetapkan, ada 4 eWallet yang boleh anda gunakan untuk menerima insentif ini.

  1. MAE (Maybank)
  2. Setel
  3. ShopeePay
  4. Touch 'n Go eWallet

*Kena pilih salah satu sahaja, tak boleh claim untuk setiap aplikasi eWallet tersebut

1.  MAE

Untuk anda yang ingin daftar dan tebus menggunakan MAE by Maybank ini, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah

  1. Buka aplikasi MAE dan login seperti biasa
  2. Klik pada logo eMADANI pada bahagian home
  3. Tandakan pada 'I have read...' dan klik 'Claim Now'

Permohonan selesai. Jika sudah berjaya, anda boleh gunakannya di kedai-kedai terpilih

cara tebus emadani rm100 guna mae by maybank

2.  Setel

Bagi yang nak guna untuk isi minyak di Petronas, boleh claim menggunakan Setel seperti langkah-langkah dibawah:

  1. Buka aplikasi Setel
  2. Pada bahagian hadapan, klik pada eMADANI
  3. Anda perlu Verify Account terlebih dahulu, jika belum berbuat demikian
  4. Jika sudah, boleh klik terus pada 'Claim Now'

p/s: Boleh daftar guna kod yqtb6 atau klik disini bagi dapatkan RM7 percuma

Permohonan selesai. Jika sudah berjaya, anda boleh gunakannya di kedai-kedai terpilih

cara tebus emadani rm100 guna setel

3.  ShopeePay

Yang nak dapatkan e-tunai RM100 beserta baucer sehingga RM600, boleh daftar dan tebus guna ShopeePay seperti langkah-langkah dibawah:

  1. Buka aplikasi Shopee dan klik LINK INI
  2. Pada bahagian hadapan, klik logo 'eMADANI - Get FREE RM600'
  3. Klik pada 'Claim Now'

Permohonan selesai. Jika sudah berjaya, anda boleh gunakannya di kedai-kedai terpilih

cara tebus emadani rm100 guna shopeepay

4.  Touch 'n Go eWallet

Kini hampir semua kedai menerima pembayaran TNG eWallet, jadi anda boleh tebus dengan langkah dibawah:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet
  2. Login seperti biasa
  3. Klik pada 'eMADANI Claim Your RM100 Credit Now'
  4. Tandakan pada 'I agree to the...' dan klik 'Claim Now'

Permohonan selesai. Jika sudah berjaya, anda boleh gunakannya di kedai-kedai terpilih

cara tebus emadani rm100 guna tng ewallet

Untuk info lanjut mengenai program eMADANI, anda boleh rujuk https://manfaat.mof.gov.my/emadani

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Claim Dan Tebus Kredit eMadani RM100 Guna TNG, ShopeePay, Setel Dan MAE"