Drama The Cadets Temui Penonton Di Astro Ceria Mulai 27 Disember Ini

Drama The Cadets Astro Ceria

Astro bawakan sebuah drama siri original 'The Cadets' yang akan ditayangkan di Astro Ceria 611 mulai 27 Disember 2023, pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam.

Mungkin ada antara penonton yang di zaman sekolah mereka bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum terutamanya dalam kadet bomba. Kisah ini untuk anda.

Jadi anda saksikan bagaimana setiap pelakon yang akan membawa watak sebagai pelajar sekolah bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan dalam aktiviti badan beruniform ini.

Episod : 6
Tayangan : Astro Ceria 611 & Sooka
Tarikh : Mulai 27 Disember 2023 (Setiap Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Faisal Ishak
Produksi : Infinitus Gold Sdn. Bhd.

Drama The Cadets Astro Ceria

OST Drama

Lagu : Api
Penyanyi : Kmy Kmo, Luca Sickta
Komposer : Kmy Kmo, Luca Sickta
Lirik : Kmy Kmo, Luca Sickta

Pelakon & Watak

Drama The Cadets menampilkan nama-nama pelakon seperti Mierul Aiman, Fimie Don, Hawa Rizwana, Bella Dowanna, Jazmy Juma, Adlin Aman Ramlee, Ibad, Danish, Eqmal dan ramai lagi.

  • Mierul Aiman sebagai Amir
  • Fimie Don sebagai Hakim
  • Hawa Rizwana sebagai Farah
  • Bella Dowanna sebagai Liz
  • Jazmy Juma sebagai Syed
  • Adlin Aman Ramlee sebagai Cikgu Bakar

Sinopsis Drama The Cadets

Drama The Cadets mengisahkan perjuangan empat sekawan iaitu Amir, Farah, Hakim dan Liz dari Team Omega bertemu dengan Team Alpha.

Team Omega bertekad untuk membuktikan bahawa pasukan mereka mampu mengatasi segala cabaran untuk mewakili Kadet bomba di Kem Jamboree Kebangsaan.

Drama The Cadets Astro Ceria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama The Cadets Temui Penonton Di Astro Ceria Mulai 27 Disember Ini"