Filem Syif Malam (2023) - Dari Drama Youtube Ke Filem Pawagam

Filem Syif Malam 2023

Jika anda masih ingat tahun 2014 dahulu, naskah Syif Malam terbitan channel Awanimbus ada menerbitkan satu drama pendek di laman youtube mereka sehingga mendapat tontonan sebanyak 1.6 juta view sehingga hari ini.

Dengan sambutan yang hangat itulah, dengan kerja sama produksi Empire Film Solution dan Thinkerbell Studios bawa drama tersebut ke layar perak dengan menerbitkan sebuah filem dengan tajuk yang sama 'Syif Malam'.

Filem arahan Fairus Anuar ini akan menemui penonton mulai 7 Disember 2023 dipawagam seluruh Malaysia. Jadi orang ramai yang pernah layan drama pendek sebelum ini, anda kena layan pula dalam bentuk filem.

Sinopsis Filem Syif Malam

Filem Syif Malam mengisahkan tentang tiga rakat sepejabat iaitu Ikmal, Botak dan Mok yang bekerja sebagai pereka grafik, secara tidak sengaja merungkai mitos seram di bangunan tempat mereka bekerja sehingga merubah kehidupan masing-masing.

Ia satu kisah urban legend yang dianggap mitos berlega-legar dibangunan tersebut tentang tragedi seorang pekerja wanita yang mati dibunuhi. Mengikut cerita, bangunan itu memerlukan korban tertentu setiap tahun.

Kejadian seram bermula apabila mereka bertiga dipaksa bekerja waktu malam untuk menyiapkan tugasan grafik pada saat akhir.

Namun setelah melakukan beberapa upacara ritual atas nasihat Brotai, gangguan seram menjadi semakin ganas dan agresif.

Kisah mitos yang mereka dengar selama ini tentang korban bangunan tersebut semakin menjadi realiti dan ia sedang berlaku.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Syif Malam ini seperti Taqzim Zaki, Anas Ridzuan, Shahkimin, Zera Hariz, Kamarul Eqifshah, Sobri Anuar, Riezman Khuzaimi, Ismeth Syah, Mili Supina dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Taqim Zaki sebagai Ikmal
  • Anas Ridzuan sebagai Mok
  • Shahkimin sebagai Botak
  • Zera Hariz sebagai Ayu
  • Kamarul Eqifshah sebagai Saiful
  • Sobri Anuar sebagai Boss Zaini
  • Riezman Khuzaimi sebagai Abang Joe

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk menonton filem Syif Malam yang akan mula ditayangkan pada 7 Disember 2023 di pawagam seluruh Malaysia.

Filem Syif Malam 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Syif Malam (2023) - Dari Drama Youtube Ke Filem Pawagam"