Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Terengganu Final Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung JDT vs Terengganu Final Piala Malaysia 2023 (Live Streaming)

Kejohanan berprestij bola sepak tempatan akhirnya sampai ke penghujung apabila dua pasukan gergasi akan membuat perhitungan dalam Final Piala Piala Malaysia 2023 siaran langsung live streaming JDT vs Terengganu.

Kedua-dua pasukan akan beraksi dalam aksi perlawanan akhir ini pada 8 Disember 2023, iaitu hari Jumaat ini, dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala lumpur.

Sejarah Perlawanan JDT vs Terengganu

JDT merupakan penyandang juara untuk edisi 2022. Sebelum itu, mereka pernah memenanginya sebanyak 2 kali sebagai pasukan Johor dan secara keseluruhan 3 kali sebagai pasukan Johor Darul Ta'zim dengan menjulang trofi Piala Malaysia.

Untuk pasukan Terengganu, mereka hanya pernah mengecapi kejuaraan sekali sahaja iaitu pada tahun 2001. Kali terakhir mereka di final adalah pada edisi 2018 apabila ketika itu mereka tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada Perak.

Road To Final JDT vs Terengganu

JDT bermula garang di pusingan 16 terbaik apabila membenar Kelantan dengan aggregar 15-1. Kemudian di pusingan suku akhir, mereka sekali lagi menang bergaya terhadap Negeri Sembilan dengan jumlah jaringan 7-1. Di peringkat separuh akhir, momentum kejayaan seperti tidak pudar apabila sekali lagi berjaya menang secara aggregat yang besar iaitu 12-2 bertemu Perak sekali gus membawa mereka ke final.

Terengganu mempunyai jalan mudah di pusingan awal apabila bertemu pasukan Liga M3, KL Rovers dan berjaya menang secara aggregat 7-0. Pada pusingan suku akhir, mereka perlu berhadapan dengan juara 33 kali, Selangor dan berjaya mengharungi perlawanan dengan kemenangan 3-1. Perhitungan dibuat sekali kepada KL City apabila Terengganu kali ini kemenangan berpihak kepada mereka dengan jaringan total 4-2 dan seterusnya melangkah ke final.

JDT Mampu Melakar Sejarah Jika Menang

Mungkin anda sebelum ini pernah dengar bagaimana skuad Kedah telah melakar sejarah liga tempatan apabila melakukan double treble iaitu pada tahun 2007 dan 2008. Ketika itu, Kedah menang Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dua tahun berturut-turut. Dalam bahasa mudah, lebih hebat daripada Trebel. Trebel ketika itu, pasukan Kedah hanya tidak memenangi Piala Sumbangsih sahaja.

Tetapi untuk pasukan JDT musim 2023 ini, sebenarnya mereka bakal melakar sejarah yang lebih luar biasa apabila memenang kejohanan Piala Malaysia kali ini. Jika JDT menang, mereka akan peroleh takhta double invincible quadruple. Dimana mereka menang semua trofi termasuk Piala Sumbangsih dan dalam masa sama tidak pernah tewas dalam saingan liga.

Kesemua ini bakal dicapai jika Johor Darul Ta'zim mampu tumpaskan Terengganu di Bukit Jalil. Jika tidak, harapan tersebut pastinya akan diteruskan untuk musim hadapan dengan mengejar lebih banyak kejayaan dan kemenangan disamping mencipta sejarah tersendiri kepada keluarga JDT. Adakah mereka mampu mencapainya?

Jualan Dan Harga Tiket Final Piala Malaysia 2023

Penjualan tiket sudah pun bermula hampir sebulan yang lalu. Kedua-dua penyokong pastinya berlumba-lumba untuk dapatkan tiket masuk bagi menyaksikan pasukan mereka beraksi terutamanya ini merupakan perlawanan akhir.

Tiket boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my iaitu dengan harga bermula RM50, RM70, RM150 dan RM200 dengan tiket bernombor untuk tempat duduk. Tiada penjualan tiket fizikal di stadium.

tiket masuk jdt vs terengganu

Kesebelasan Utama Final Piala Malaysia 2023

JDT dan Terengganu telah menyenaraikan pasukan dan skuad terkuat bagi saingan final Piala Malaysia 2023 kali ini. Sekali lagi, Bergson bersama-sama Forestieri akan menggempur pasukan lawan dibarisan hadapan. Manakala Terengganu mempertaruhkan Sony Norde dan Ivan Mamut untuk cuba merobek gawang JDT.

Kesebelasan Utama JDT vs Terengganu Final Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Live Streamin JDT vs Terengganu 8 Disember 2023

Selain daripada penyokong kedua-dua pasukan, eminat bola sepak juga pastinya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan perlawanan epik JDT vs Terengganu ini yang bakal berlangsung pada Jumaat ini. Pastinya aksi terhebat bakal disajikan kedua-dua pasukan.

Jadi anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 serta dengan kualiti 4K UHD di Astro Supersport 806. Selain itu, penyiaran ini juga tersedia di saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM.

Manakala bagi peminat yang ingin menonton secara live streaming, boleh berbuat demikian dengan menggunakan laman web RTM Klik atau menerusi aplikasi Sooka. Kali ini, anda boleh nikmati perlawanan ini secara percuma.

siaran langsung jdt vs terengganu live

Jadual & Keputusan

Jadi untuk semua penonton dan pastinya penyokong JDT vs Terengganu, jangan lupa untuk saksikan perlawanan akhir/final Piala Malaysia 2023 yang bakal temui anda pada 8 Disember ini, hari Jumaat dengan siaran langsun di Stadium Nasional Bukit Jalil.

8 Disember 2023 (Jumaat)

FT : JDT (3) - (1) Terengganu

  • Bergson da Silva 6' (P)
  • Ivan Mamut 21' (P)
  • Feroz Baharudin 73'
  • Arif Aiman 90+5' (P)

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : Astro dan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*JDT dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post