Info Perlawanan Malaysia B23 vs China B23 23.12.2023. Ada Siaran Langsung Ke?

Info Perlawanan Malaysia B23 vs China B23 23.12.2023. Ada Siaran Langsung Ke?

Akan berlangsung satu perlawanan persahabatan tier 2 antara Malaysia B23 vs China B23 pada 23 Disember 2023, hari Sabtu bertempat di Shanghai, China pada jam 2.00 petang.

Perlawanan ini merupakan persiapan yang dilakukan oleh skuad kendalian Juan Torres Garrido yang akan menghadapi kempen Piala Asia U23 2024 pada April depan.

Oleh itu, dalam siri jelajah kali ini, selepas perlawanan pada Sabtu, Malaysia B23 sekali lagi akan bertemu China B23 iaitu pada Selasa depan, 26 Disember 2023.

Untuk rekod, Malaysia U23 pernah bertemu 3 kali China U23 sebelum ini dan telah tewas 2 daripadanya dan seri sekali. Jadi ini merupakan pertemuan kali keempat.

  • China U23 (3) - (0) Malaysia U23 - Tahun 2010
  • China U23 (2) - (1) Malaysia U23 - Tahun 2018
  • Malaysia U23 (2) - (2) China U23 - Tahun 2019

Ada Siaran Langsung Ke Malaysia B23 vs China B23 Ini?

Sekarang kita semua tahu, kempen bola sepak liga tempatan sudah sampai ke penghujung. Untuk musim baru, ianya hanya bermula pada Mei 2024, lagi 5 bulan lamanya.

Jadi sementara tiada aksi liga, tumpuan peminat-peminat bola sepak kini pastinya terarah kepada skuad bola sepak kebangsaan termasuk skuad bawah-23 bagi menghadapi Piala Asia tidak lama lagi.

Oleh itu, kita nak la juga tengok pemain-pemain remaja kita ini beraksi. Sekurang-kurangnya boleh tengok secara live di kaca tv.

Tapi ada ke tayangan siaran langsung untuk perlawanan persahabatan menentang China B-23 kali ini di tv?

Seperti yang diumumkan, ini perlawanan perlawanan tertutup tanpa kehadiran penonton. Hanya melibatkan pemain dan staf kejurulatihan sahaja.

Disebabkan perkara tersebut, sudah pastinya tiada tayangan siaran langsung dibuat.

Manakala untuk tayangan live streaming, secara rasminya juga tiada, kecuali jika ada mana-mana individu yang berkesempatan untuk rekod dan buat live secara tidak rasmi sahaja.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com