Koleksi 30 Ucapan Hari Krismas (Merry Christmas) Selamat Hari Natal Tahun 2023

Koleksi Ucapan Selamat Hari Krismas (Merry Christmas) Tahun 2023

Inilah masanya untuk anda ucapkan kata-kata selamat antara rakan dan kenalan terdekat yang menyambut Christmas atau Hari Natal pada 25 Disember setiap tahun dengan ucapan Selamat Hari Krismas.

Selain tiba Tahun Baru, Disember ini juga tidak asing dengan perayaan Christmas yang disambut terutamanya oleh penganut agama Kristian terutamanya yang ada di Malaysia.

Demi kemajmukan dan perpaduan antara rakyat Malaysia, tiada salahnya kita ucapkan dengan ucapan yang baik-baik kepada mereka yang menyambutnya dengan tujuan menyubutkan semangat muhibbah dalam masyarakat.

💡Table of Contents

Hukum Mengucapkan Merry Christmas

Meskipun Christmas ini berkaitan dengan perayaan keagamaan iaitu Kristian, tetapi di Malaysia kita meraikan semua agama tetapi Islam tetap sebagai agama persekutuan.

Oleh itu, Mufti Wilayah sebelum ini telah menerangkan dengan panjang lebar yang mana dalam konteks di Malaysia, ianya harus untuk orang Islam mengucapkan Merry Christmas.

Bukan itu sahaja, disertakan juga dengan garis panduan umum untuk umat Islam yang hidup dalam masyarakat majmuk berbilang bangsa dan kepercayaan.

Anda boleh baca penerangan terperinci di Tahqi Al-Masail: Hukum Mengucapkan 'Merry Christmas' Kepada Mereka Yang Beragama Kristian.

Koleksi Ucapan Hari Krismas/Merry Christmas

Berikut merupakan antara contoh dan koleksi ucapan-ucapan Hari Krismas atau Hari Natal yang anda boleh gunakan dan share di media sosial anda terutamanya.

Senarai Kata Ucapan Hari Krismas Bahasa Melayu

Ucapan 1

Selamat Menyambut Hari Krismas 2023 buat seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya

Ucapan 2

Selamat menyambut Hari Natal 2023 buat kawan-kawan dan saudara yang menyambutnya. Moga ceria berkumpul bersama keluarga.

Ucapan 3

Saya mengucapkan Selamat Hari Krismas 2023. Marilah kita sama-sama terus menunjukkan rasa hormat, persefahaman dan perasaan sayang di kalangan kita, rakyat Malaysia.

Ucapan 4

Selamat menyambut perayaan Krismas kepada semua penganut agama Kristian terutamanya di Malaysia.

Ucapan 5

Saya mengucapkan Selamat Hari Natal. Marilah kita bersama-sama terus menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang di kalangan kita, rakyat Malaysia

Ucapan 6

Selamat menyambut Hari Krismas dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2024

Ucapan 7

Semoga tahun mendatang lebih menjanjikan kebahagiaan daripada tahun sebelumnya. Merry Christmas

Ucapan 8

Selamat menyambut Hari Natal kepada semua yang beragama Kristian. Semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini.

Ucapan 9

Selamat Menyambut Hari Krismas. Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagian dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia.

Ucapan 10

Selamat Menyambut Hari Natal & Tahun Baru 2024. Mulakan lembaran baharu yang lebih gemilang.

Koleksi Ucapan Selamat Hari Krismas (Merry Christmas) Tahun 2023

Senarai Kata Ucapan Hari Krismas Bahasa Inggeris

  1. Merry Christmas and Happy New Year 2024
  2. Merry Christmas & Happy New Year. Wishing all Christians in the country a very merry Christmas and a joyous new year. May this festive season bring peace, prosperity, unity and happiness to all.
  3. Ho Ho Ho Merry Christmas. Time to deck the halls and break out the matching sweaters. Wishing you all the holiday fun with your family. Much love!
  4. Wishing all my Christian friends a very ‘Selamat Hari Krismas’. May it bring you joy, happiness and everything else you deserve.
  5. Merry Christmas. May this season of love warm your home. May this brigten your roads with hope. Merry Chrismas to you and your dear folks.
  6. May this Christmas season bring all the jingly, jolly joy to your family and friends
  7. May you feel all the love and joy I have for you throughout this holiday season and all year round. Having you as my frind brings me great joy.
  8. There are many gifts under the Christmas tree. But the best one is the gift of your friendship. Merry Christmas

Pantun Hari Krismas

Pergi pasar beli ikan,
Pandu kereta pakai selipar,
Saya disini ingin mengucapkan,
Merry Christmas and Happy New Year.

Menagguk ikan di tepi sawah,
Cetek benar di pohon gaharu,
Bertukar hadiah, jalinkan hadiah,
Semoga ada sinar di tahun baru.

Biskut halia di atas dulang,
Pohon krismas baunya harum,
Tahun Baru bakal menjelang,
Semoga rukun berbilang kaum

Ayam belanda atas peti,
Biskut krismas atas dulang,
Esok kita semua bercuti,
Tahun baharu bakal menjelang.

Pagi-pagi ke klinik,
Kerana badan gatal-gatal,
Semuanya kacak dan cantik,
Selamat merayakan Hari Natal.

Lempeng kelapa sudah tersaji,
Di dalam bekas bersama pengat,
Tidak mengapa tiada salji,
Pokok berhias buat semangat.

Si helang sewah burung lagenda,
Terbangnya lurus sanggah pawana,
Tukar hadiah sebagai tanda,
Ingatan tulus paling bermakna.

Bawa jualan merata-rata,
Di pasar tani dan pasar tamu,
Sanak dan tualan jauh di mata,
Di Natal ini sempat bertemu.

Marilah bantu larutkan gula,
Untuk buatkan sirap selasih,
Inilah waktu jalin semula,
Kemas ikatan jalinan kasih.

Jemputlah mari diminum serbat,
Kuih pun ada menyambut raya;
Selamat hari natal buat sahabat,
Semoga anda riang ceria.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Koleksi 30 Ucapan Hari Krismas (Merry Christmas) Selamat Hari Natal Tahun 2023"