Siaran Langsung Live Streaming Kedah vs Selangor Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kedah vs Selangor Liga Super 2023

Pastinya menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu ini apabila akan berlangsung perlawanan Liga Super 2023 bagi minggu kedua puluh lima (LS25) antara Kedah Darul Aman FC vs Selangor FC yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Perlawanan ini bakal berlangsung pada 2 Disember 2023, iaitu hari Sabtu bertempat di Stadium Darul Aman di Alor Setar. Kini untuk pusingan kedua dalam siangan liga, Kedah DA pula menjiad tuan rumah dan akan menunggu kunjungan pasukan lawan.

­čĺíTable Of Contents

Perebutan Slot Asia

Ada dua sebab kenapa pertembungan kedua-dua pasukan ini menjadi perbualan hangat pada minggu ini iaitu pertemuan untuk pasukan kini di tempat kedua dan ketiga serta perebutan slot ke peringkat Asia sebagai naib juara Liga Super.

Selangor dan Kedah masing-masing berpeluang untuk merebut tempat kedua dengan 2 lagi perlawanan berbaki. Kedah akan bertemu Selangor dan Sabah, manakala Selangor akan bertemu Kedah dan PDRM untuk perlawanan akhir.

Untuk musim 2024/2025 nama saingan AFC sendiri sudah berubah. Jika sebelum ini digelar AFC Champions League dan ditukar kepada AFC Tier 1, manakala AFC Cup digelar dengan nama AFC Tier 2. Malaysia layak untuk 1 slot untuk Tier 1 dan 1 slot untuk Tier 2.

Juara Liga iaitu JDT akan bermain di AFC Tier 1, manakala sepatutnya juara Piala FA layak ke AFC Tier 1. Tetapi ianya pasukan yang sama, maka slot tersebut bakal direbut bagi naib juara Liga Super 2023 dimana akan bermain di Tier 2.

Disebabkan itulah, perlawanan ini menjadi tumpuan tertinggi pada minggu kali ini. Perlawanan ini juga mungkin jadi penentu segala-galanya. Sekiranya Selangor menang, secara automatik, mereka layak ke Asia. Tetapi jika Kedah menang, mereka masih perlu tunggu untuk perlawanan terakhir nanti.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan hanya pernah bertemu sekali sahaja iaitu dalam siangan liga pada bulan Mei yang lal. Ketika itu bermain di MBPJ dan telah menyaksikan Selangor menang 3-2 kepada Kedah.

Jika dilihat daripada prestasi semasa lima perlawanan untuk kedua-dua pasukan, sepertinya ia berpihak kepada Selangor iaitu dengan semua kemenangan. Manakala Kedah pernah seri sekali sahaja. Selangor berada dalam momentum terbaik.

Tetapi perlu diberi perhatian juga apabila perlawanan ini akan berlangsung di Darul Aman iaitu tempat yang telah menyaksikan juara sedekad, JDT akhirnya keciciran mata buat kali pertama dalam saingan liga 2023.

Bermain dihalaman sendiri dan sudah pastinya dihadapan penyokong setia, banyak memberi kelebihan kepada Kedah. Jadi ramai-ramai penuhkan stadium pada malam ini untuk berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Dapatkan sekarang tiket masuk di www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Selangor

Bagi yang menonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung terus ke kaca tv iaitu menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau pengguna pek sukan Astro boleh tonton online di Astro Go.

Live Streaming Secara Percuma

Manakala bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara liv streaming di platform Sooka sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile. Berita gembira untuk semua, saluran sukan di Sooka kini percuma selama 2 hari. Jadi anda boleh strim secara percuma.

Jadual & Keputusan Terkini

Jadi jangan lupa janji kita malam ini untuk ramai-ramai saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS25 antara Kedah FC vs Selangor FC yang berlangsung pada 2 Disember ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Darul Aman.

Manakala untuk ketahui keputusan penuh perlawanan, anda boleh dapatkannya disini dimana ianya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut dengan jumlah bilangan gol dan senarai penjaring.

2 Disember 2023 (Sabtu)

FT : Kedah (0) - (1) Selangor

  • Ayron del Valle 64'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post