Info Siaran Langsung & Live Streaming Kuching City vs KL City

Info Siaran Langsung & Live Streaming Kuching City vs KL City

Sebelum berlangsunya perlawanan akhir liga super pada minggu hadapan, akan ada 2 lagi perlawanan tertunda yang akan berlangsung dan salah satunya pertemuan antara Kuching City FC vs Kuala Lumpur City FC.

Perlawanan Liga Super 2023 ini merupakan LS25 dimana akan berlangsung pada 10 Disember 2023, hari Ahad, dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Negeri di Kuching Sarawak. Satu lagi perlawanan melibatkan PDRM dan Kelantan.

Sedikit lewat perlawanan ini diadakan adalah disebabkan Kuching City perlu mengharungi final bagi saingan Challenge Cup yang berlangsung sebelum ini. Meskipun begitu, mereka terpaksa akur terlepas untuk meraih piala pertama mereka pada musim ini apabila tewas dengan aggregar 1-4 kepada PDRM ketika itu.

Sejarah Perlawanan Kuching City vs KL City

Untuk rekod, Kuching City vs KL City hanya pernah berlaku sekali sahaja setakat ini. Ianya telah berlangsung pada bulan Mei yang lalu juga dalam saingan Liga Super. Meskipun Kuching City berada di kedudukan bawah liga, ketika itu mereka mampu memberikan saingan sehingga berjaya mengikat KL City 1-1 di Cheras.

Perlawanan Terakhir Di Kuching

Pertembungan antara Kuching City vs KL City ini merupakan yang terakhir berlangsung di stadium negeri pada musim 2023. Pada perlawanan terakhir nanti, mereka akan berkunjung ke Paroi untuk melengkapkan jadual musim ini. Jadi ramai-ramai datang ke stadium pada hari perlawanan ini untuk menyaksikan pasukan anda beraksi buat kali pertama di depan mata pada musim kali ini.

Info Siaran Langsung & Live Streaming Kuching City vs KL City

Siara Langsung Kuching City vs KL City

Untuk peminat-peminat bola sepak yang masih semangat untuk menyaksikan aksi liga tempatan, jangan lupa untuk saksikan perlawanan Kuching City vs KL City yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (CH804) beserta Astro Go.

Live Streaming

Manakala bagi yang tidak berkesempatan untuk menyaksikannya di astro, anda masih boleh tonton secara live streaming menggunakan platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pas 24-jam untuk nikmati kesemua saluran berbayar dan kandungan disediakan dengan harga RM12.90 sehari.

live streaming kuching city vs kl city

Jadual & Keputusan

Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS25 antara Kuching City vs KL City yang akan berlangsung pada 10 Disember ini, hari Ahad, pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Negeri Kuching atau boleh juga tonton secara langsung menerusi saluran Astro seperti yang disediakan.

10 Disember 2023 (Ahad)

FT : Kuching City (2) - (3) KL City

  • Paulo Josue 19', 41'
  • Abu Kamara 45+2' (P)
  • Yuki Tanigawa 72'
  • Arif Shaqirin 81'

Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 2
Live Streaming : Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post