Siaran Langsung Liga Super 2023: Selangor vs PDRM Live Tonton

Siaran Langsung Liga Super 2023: Selangor vs PDRM Live Tonton

Siaran langsung perlawanan antara Selangor vs PDRM akan diadakan pada 17 Disember 2023, hari Ahad, live jam 9.00 malam bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Hari kedua untuk minggu terakhir (LS26) bagi saingan Liga Super 2023. Jika semalam sudah berlangsung 4 perlawanan, hari ini akan berlangsung lagi 4 perlawanan berbaki untuk mencari slot bagi setiap kedudukan dalam liga.

Untuk Selangor, secara muktamadnya mereka mengakhiri saingan liga untuk tahun 2023 sebagai naib juara selepas menang kepada Kedah pada minggu lalu.

Manakala PDRM yang kini berada di tangga ke-8, mampu untuk naik sehingga ke kedudukan ketujuh sekiranya menang perlawanan ini dan Terengganu tewas. Jika tidak, mereka kekal di kedudukan sekarang.

Sejarah Pertemuan Selangor vs PDRM

Untuk musim kali ini, kedua-dua pasukan Selangor dan PDRM telah bertemu sebanyak 3 kali dan ini merupakan kali ke-4 dan juga perlawanan terakhir.

Kini PDRM sedang mendahului dengan catatan kemenangan iaitu 2-1. PDRM menang ketika pusingan pertama saingan liga dan terkandas di pusingan awal dalam Piala Malaysia meskipun menang sekali tetapi tewas secara aggregat.

Masing-masing mempunyai peluang untuk membuktikan sesuatu dalam perlawanan ini. Masing-masing pernah mengalahkan lawan masing-masing. 

Prestasi Semasa Pasukan Manakah Yang Lebih Baik?

Meskipun PDRM sudah membuktikan mereka berjaya merangkul trofi Challenge Cup 2023 sebelum ini, tapi prestasi semasa dalam saingan liga berpihak kepada Selangor.

Dalam 3 perlawanan terakhir, mereka menang kesemunya. Jika dibandingkan dengan PDRM, mereka pernah tewas sekali sebelum ini.

Penuhkan Stadium Pada Hari Perlawanan Terakhir

Untuk seluruh penyokong Selangor khususunya, datanglah beramai-ramai menyaksikan pasukan kesayangan anda beraksi untuk kali terakhir pada musim ini sebelum mereka ke Asia pada musim akan datang.

Jadi dapatkan sekarang tiket masuk stadium yang kini sudah boleh mula orang ramai dapatkan secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my

Tonton Siaran Langsung Selangor vs PDRM

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv. Boleh tonton di Astro Arena Bola 2 804 dan online Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di Sooka sekiranya tidak mempunyai akses Astro. Hanya langgan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Jadual & Keputusan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan siaran langsung Liga Super 2023 LS26 antara Selangor vs PDRM pada 17 Disember ini bertempat di Stadium MBPJ

FT : Selangor (3) - (1) PDRM

  • Faisal Halim 37' (P)
  • Brendan Gan 45'
  • Fadi Awad 71'
  • Richmond Boakye 88'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium MBPJ
TV : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Sooka

Keputusan perlawanan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post