Siaran Langsung Liga Super 2023: Sabah vs Kedah Live

Siaran Langsung Liga Super 2023: Sabah vs Kedah Live

Daripada 4 perlawanan yang berlangsung, pastinya yang menjadi tumpuan antara kesemuanya adalah pertemuan Sabah vs Kedah yang akan disiarkan secara langsung pada 17 Disember 2023.

Perlawanan yang akan dimainkan pada hujung minggu ini, hari Ahad akan diadakan di Stadium Likas di Kota Kinabalu dan Sabah akan menjadi tuan rumah pula kali ini.

Ini mungkin boleh dikatakan match of the week dimana mempertemukan dua buah pasukan yang kini berada di kelompok 4 teratas; Kedah di kedudukan ke-3, dan Sabah di tempat ke-4.

Kedudukan terkini tidak statis dan mungkin akan ada perubahan sekiranya ada pasukan yang menang dan ada pasukan yang tewas. Kalau seri, tetap sama.

Sabah Mampu Naik Ke Tangga Ke-3

Sekiranya Sabah menang ketika bertemua Kedah Darul Aman ini, mereka akan memintas Kedah dan mengambil kedudukan ketiga sekali gus mengakhiri cabaran Liga Super di kedudukan top 3.

Tapi jika seri atau Sabah tewas, mereka terpaksa berpuas hati di tempat keempat sahaja. Ini semuanya bakal kita ketahui dalam perlawanan yang berlangsung pada malam ini.

Sejarah Pertemuan

Sepanjang tahun 2023, kedua-dua pasukan yang pernah bertemu sekali sahaja, juga dalam saingan liga iaitu pada bulan Jun yang lalu.

Perlawanan tersebut berlangsung di Darul Aman dan telah menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya menewaskan Sabah dengan jaringan 2-1.

Sabah Berkelebihan

Kali ini bermain di halaman sendiri dan di hadapan penyokong sendiri. Sedikit sebanyak akan memberi kelebihan kepada Sabah sebagai tuan rumah.

Sabah juga pastinya ingin mengakhiri saingan liga tempatan tahun ini di tempat yang terbaik. Mungkin spot top 3 tersebut sesuai untuk Sabah? Kita saksikan nanti.

Tapi mereka perlu ingat juga, Sabah masih bermain di AFC Cup selepas ini. Pastinya pemain-pemain terbaik juga perlu disediakan untuk pertandingan tersebut.

Siaran Langsung Sabah vs Kedah

Apa-apapun bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke Likas, anda semua boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan online Astro Go.

Juga tersedia di platform Sooka bagi yang tidak mempunyai akses Astro. Hanya perlu langgan pas 24-jam berharga RM12.90 untuk dapatkan semua akses kandungan atau RM9.90 untuk akses perlawanan ini sahaja.

Jadual & Keputusan

Jadi jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 LS26 antara Sabah vs Kedah pada 17 Disember ini bertempat di Stadium Likas

FT : Sabah (2) - (0) Kedah

  • Irfan Fazail 7'
  • Ramon Machado 43'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Likas
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Keputusan perlawanan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam perlawanan tersebut.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post