Siaran Langsung Live Sri Pahang vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Sri Pahang vs JDT Liga Super 2023

Ini merupakan hari terakhir untuk minggu ini sebelum minggu kedua puluh lima (LS25) disambung semula pada minggu hadapan dan salah satu perlawanan yang berlangsung adalah antara Sri Pahang FC vs Johor Darul Ta'zim.

Pertemuan ini akan diadakan pada hujung minggu, 3 Disember 2023 iaitu hari Ahad dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam bertempat di Stadium Darul Makmur di Kuantan. Kini giliran Sri Pahang pula menjadi tuan rumah.

Pada pusingan pertama lalu, kita telah menyaksikan bagaimana JDT menjadi pasukan pertama yang menumpaskan Sri Pahang dalam saingan liga. Ketika itu sekitar bulan Mei dimana JDT menang di gelanggang sendiri dengan jaringan 2-0.

Mungkin kali ini, Sri Pahang ingin balas dendam atas kekalahan tersebut yang ingin diterjemahkan di halaman sendiri. Tapi perlu ingat, hanya satu pasukan sahaja yang berjaya raih keputusan seri dengan JDT dan mereka tidak pernah tewas walaupun sekali dalam saingan tempatan.

Mungkin Sri Pahang ada kelebihan dari segi bermain di tempat sendiri dan ditambah dengan kehadiran penyokong dan ultras mereka, Elephant Army. Tapi pada bulan lalu, mereka pernah tewas dengan pasukan pertengahan liga di tempat sendiri.

Dalam lima perlawanan terakhir, Sri Pahang hanya menang dua kali sahaja. Selebihnya, mereka seri dan sudah tewas dua kali berturut-turut sebelum ini. Dari segi prestasi, kekalahan ketiga pastinya akan menjelma kali ini.

Meskipun begitu, Sri Pahang sudah mengesahkan kedudukan mereka dalam liga iaitu di tempat ke-5. Terengganu di kedudukan ke-6 tidak mampu untuk memintas mereka meskipun menang kesemua baki dua perlawanan selepas ini.

Sama seperti JDT, mereka juga telah lama mengesahkan kedudukan juara liga. Tapi pastinya rekod kemenangan dan tidak ingin tewas dalam satu-satu musim itu akan terus dicapai meskipun mereka sudah juara sekali pun.

Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Orang-orang Kuantan pastinya teruja untuk saksikan aksi perlawanan antara Sri Pahang dan JDT di tempat mereka kali ini. Boleh lihat bagaimana aksi perlawanan bola sepak sebenar yang bakal disajikan daripada kedua-dua pasukan terutamanya pasukan lawan sudah tentu.

Penjualan tiket kini sudah dibuat. Jadi orang ramai sudah boleh mula dapatkan tiket sama ada pembelian secara online atau beli tiket fizikal yang disediakan di kaunter stadium bermula hari Sabtu yang lalu.

Manakala untuk pembelian tiket online, anda boleh berbuat demikian dengan layari laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM26.78 untuk pentas utama, RM16.60 untuk tiket berbumbung dan RM13.60 untuk tiket terbuka.

Siaran Langsung Sri Pahang vs JDT Liga Super 2023

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir pada malam ini, anda boleh tonton siaran langsung di kaca tv hanya di rumah sahaja. Ianya akan disiarkan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Manakala yang tiada Astro, anda boleh layan game ini secara live streaming di platform Sooka menerusi laman web atau aplikasi mobile. Seperti yang diumumkan, Sooka belanja 2 hari tayangan sukan percuma, jadi perlawanan ini boleh tengok percuma je la.

Jadual & Keputusan

Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan siaran langsung Liga Super 2023 LS25 antara Sri Pahang vs JDT yang bakal berlangsung pada 3 November ini bertempat di Stadium Darul Makmur atau live di Astro.

Manakala untuk keputusan, akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang perlawanan berlangsung pada malam tersebut.

3 Disember 2023 (Ahad)

FT : Sri Pahang (0) - (2) JDT

  • Heberty 6'
  • Bergson de Silva 42'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post