Telefilem Ambon Di TV1 (Panggung RTM)

Telefilem Ambon Di TV1

Sempena cuti sekolah ini, saksikan telefilem Ambon yang akan menemui penonton semula pada 23 Disember 2023, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi Cineorama Production, diarahkan oleh Amin Masyhur dengan nukilan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim.

💡Table Of Contents

Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Ambon ini seperti Muntazar Ghufran, Muhammad Aidil Rafiq, Ebby Yus, Zarina Zainuddin, Fateha Khairul Nizam, Dottie, Alif Hadi, Daniel Zulkifli dan ramai lagi.

  • Muntazar Ghufran sebagai Ambon
  • Fateha Khairul Nizam sebagai Nadia
  • Ebby Yus sebagai Pakcik Eddie
  • Zarina Zainuddin sebagai Makcik Aida

Sinopsis Telefilem Ambon

Telefilem Ambon mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Ambon, berumur 10 tahun bersekolah di bandar menghabiskan cuti sekolah di kampung neneknya. Pada masa yang sama, sepupunya Nadia yang juga bersekolah di bandar datang bercuti di kampung neneknya.

Nadia seorang budak yang kurang berkawan, suka bermain bersendirian dan gemar menggunakan gajet-gajet komputer. Manakala, Ambon pula mempunyai pengetahuan tentang komputer tetapi gemar berkawan dan bersosial. Ambon seorang budak yang sangat peramah. Manakala, Nadia pula sangat pendiam.

Apabila bercuti di kampung, Ambon mempunyai ramai kawan. Sebaliknya, Nadia tidak suka berkawan. Tetapi Ambon cuba mengajak Nadia berkawan dan tidak menyombong diri. Di kampung juga mereka mengenali Chan, Pul, Kak Aida, Abang Edi, Tuk Sabariah dan Haji Jefri.

Ambon dan kawan-kawannya berkawan baik, bermain bersama-sama seperti bermandi-manda di sungai serta bermain dengan serangga dan rama-rama.

Satu perkara yang terpuji yang dibuat oleh Ambon dan Nadia adalah menjadi orang perantaraan yang dapat mengeratkan perhubungan antara Abang Edi dan Kak Aida. Pada masa sama juga mereka juga menjadi wakil perhubungan antara Tuk Sabariah dan Haji Jefri.

Kemuncak kepada kisah keangkuhan Nadia ialah apabila Nadia bersikap sombong, tidak mahu bergerak bersama-sama ketika mereka berjalan di hutan. Akhirnya Nadia tersesat jalan, jatuh ke dalam lubang dan kakinya cedera.

Ambon dan rakan-rakan berusaha mencari Nadia. Dalam pada itu, Nadia mula insaf dan ingin memohon maaf atas keegoannya sebelum ini. Bagaimanakah Nadia dijumpai?

Telefilem Ambon Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Ambon Di TV1 (Panggung RTM)"