Telefilem Lagu Untuk Suri Di TV3 (Cerekara Pilihan)

Telefilem Lagu Untuk Suri Di TV3

Saksikan telefilem Lagu Untuk Suri yang akan menemui penonton semula pada 9 Disember 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cerekara Pilihan di TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 sempena AJL34 ini merupakan terbitan syarikat produksi Primeworks Studios, diarahkan oleh Isqandar Jebat yang juga penulis skrip untuk cerita ini.

Sinopsis Telefilem Lagu Untuk Suri

Telefilem Lagu Untuk Suri menampilkan barisan pelakon seperti Naim Daniel, Sissy Iman, Sweet Qismina, Aida Aris, Aman Graseka, Iskandar Norzaman, Jesse Lim dan ramai lagi.

  • Naim Daniel sebagai Johan
  • Sissy Iman sebagai Suri
  • Sweet Qismina sebagai Sara
  • Aida Aris sebagai Syafa
  • Aman Graseka sebagai Abhar

Ianya mengisahkan tentang konflik cinta tiga segi antara dua adik beradik, Suri dan Sara dengan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Johan Abhar.

Suri mendapati Sara sering ponteng sekolah dan tidak mahu belajar. Sara anak bongsu yang selalu dipersalahkan oleh keluarga kerana pelajarannya yang merosot dan tidak minat belajar manakala Suri pula seorang anak yang bijak dan sentiasa dipuji.

Oleh kerana hubungan dua adik beradik ini tidak begitu akrab, mereka selalu berselisihan faham.

Sara ialah peminat setia kepada Johan Abhar yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal.

Namun, cita-cita Johan dilarang oleh ayahnya yang mengandaikan ia hanyalah angan-angan kosong. Abhar tidak yakin dengan kehebatan anaknya dan sering memperlekehkan bakat Johan.

Suri mendapati Sara lebih gemarkan muzik dan taksub kepda Johan yang menyebabkan Sara tidak minat belajar. Suri ingin menyiasat apa yang sebenarnya Sara lakukan, sehinggalah Suri bertemu dengan Johan.

Telefilem Lagu Untuk Suri Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Lagu Untuk Suri Di TV3 (Cerekara Pilihan)"