Telefilem Mimpi Sumi Di TV3 (Cerekarama)

Telefilem Mimpi Sumi Di TV3

Saksikan telefilem Mimpi Sumi yang akan menemui penonton semula pada 9 Disember 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 di ntv7 ini merupakan terbitan syarikat produksi Aquila Emas Sdn. Bhd., diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin dengan nukilan skrip daripada Abdul Nasir Abdul Khalil.

Sinopsis Telefilem Mimpi Sumi

Telefilem Mimpi Sumi menampilkan barisan pelakon seperti Aryanna Alyssa Dezek, Sazzy Falak, Redza Rosli, Melanie Tan, Zizan Nin, Masli Razali, Amir Abu Bakar, Muhammad Izzad Ikram dan ramai lagi.

  • Aryanna Alyssa Dezek sebagai Edya
  • Sazzy Falak sebagai Daniella
  • Redza Rosli sebagai Asyar
  • Melanie Tan sebagai Mira
  • Zizan Nin sebagai Haikal

Ianya mengisahkan tentang keluarga Daniella beserta suami barunya Asyar kelihatan serasi bersama anak isterinya iaitu Eyda. Tidak lama setelah menyambut ulangtahun perkahwinan pertama mereka, bekas suami Daniella, Haikal muncul kembali untuk menuntut hak lawatan terhadap anaknya.

ragedi tiba-tiba melanda apabila pada suatu hari Eyda tergelincir dari tingkap banglo (ketika berseorangan di rumah) dan meninggal dunia. Siasatan menunjukkan bahawa ianya adalah akibat kemalangan.

Daniella bertarung untuk menghadapi situasi kehilangan anak tunggalnya. Tekanan yang diterimanya mengakibatkan dia kemurungan, mula berhalusinasi, mengalami episod-episod 'blackout' sehinggalah dia seperti cuba membunuh diri.

Mujurlah Asyar cukup tenang, bersabar dan mencuba pelbagai usaha untuk memberikan kekuatan dan perangsang agar Daniella kembali pulih.

Telefilem Mimpi Sumi Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Mimpi Sumi Di TV3 (Cerekarama)"