Telefilem Rentap Di TV1
Saksikan telefilem Rentap yang akan menemui penonton pada 16 Disember 2023, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Azrul Rich Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dengan nukilan skrip daripada Siti Solehah Abdul Ghani.
Sinopsis Telefilem Rentap
Telefilem Rentap menampilkan barisan pelakon seperti Elnisa Husni (Ryun), Muntazar Ghufran, Kaseh Kishreena, Raja Azmi, Shamsul Ghau Ghau, Amin Haridz, Nur Aleesya Farisya, Muhd Sakeri Mohd Yunos dan ramai lagi.
- Ryun sebagai Farah
- Muntazar Ghufran sebagai Mizi
- Kaseh Kishreena sebagai Ain
Ianya mengisahkan tentang Farah yang membesarkan dua orang adiknya iaitu Mizi dan Ain setelah kematian ayahnya. Farah terpaksa menangguhkan hasratnya untuk belajar di universiti demi memastikan Mizi dan Ain ke sekolah.
sumber : https://klapbod.com/
Post a Comment for "Telefilem Rentap Di TV1"
Post a Comment