Telefilem Takkan Terlerai Di TV1

Telefilem Takkan Terlerai Di TV1

Saksikan telefilem Takkan Terlerai yang akan menemui penonton pada 2 Disember 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang dibawakan khas sempena Hari OKU Sedunia ini merupakan arahan Isma Yusoof, idea asal dan penulisan skrip daripada Shaza Talib & Asyraf Talib serta diterbitkan oleh Fathia Haridz Empire Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Takkan Terlerai

Telefilem Takkan Terlerai menampilkan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Amin Haridz, Sharifah Sofea, Susila Devi, Steve Yap dan ramai lagi.

  • Zahiril Adzim sebagai Afiq
  • Amin Haridz sebagai Irfan
  • Sharifah Sofea sebagai Aira

Ianya mengisahkan pengorbanan seorang abang iaitu Afiq yang menjaga adik istimewa, Irfan yang pekak dan bisu setelah kematian ibu bapa mereka. Irfan dan Afiq berkomunikasi berdua dan orang keliling dengan menggunakan Bahasa Isyarat.

Afiq bekerja di kafe dan membuat kerja sambilan melukis serta menjual lukisan bagi menyara kehidupan mereka berdua. Irfan bercita-cita untuk menjadi olahragawan terkenal dan meminati sukan badminton.

Afiq duduk menyewa di sebelah rumah mak cik berbangsa India yang selalu mengambil berat tentang Afiq dan Irfan. Afiq telah berkenalan secara tidak sengaja yang mencari pelukis mural. Aira juga banyak membantu Afiq dalam mengembangkan bakat seni lukisnya.

Di samping meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang abang dan pada masa sama mahu mengejar cita-citanya sebagai pelukis, mampukah Afiq mengharungi dugaan tersebut?

Telefilem Takkan Terlerai Di TV1

Telefilem Takkan Terlerai Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Takkan Terlerai Di TV1"