Telefilem Tangkal Di TV2
Saksikan telefilem Tangkal yang akan menemui penonton pada 18 Disember 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Telemovie Tangkal merupakan terbitan syarikat produksi Antenna Entertainments, diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dengan nukilan skrip daripada Naza Manas.
Sinopsis Telefilem Tangkal
Telefilem Tangkal menampilkan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Arash Mohammad, Yaakob Aziz, Ismail Yaacob, Sri Irdina, Ayu Ayuni, Halmey Hamdah, Bibi Qairina, Naza Manas dan ramai lagi.
- Zahiril Adzim sebagai Hasbullah
- Yaakob Aziz sebagai sebagai Pak Long Akhbar
- Arash Mohd sebagai Karim
- Ismail Yaacob sebagai Imam Omar
- Sri Irdina sebagai Anita
- Ayu Ayuni sebagai Amylia
- Halmey Hamdah sebagai Bang Dollah
- Bibi Qairina sebagai Siti
Ianya mengisahkan tentang seorang dukun iaiu Pak Long Akhbar yang membantu orang kampung berubat dengan kaedah ilmu batinnya.
Anaknya, Hasbullah yang pulang setelah belajar di Mesir mahu ayahnya berhenti melakukan amalan syirik itu tetapi ditentang ayahnya kerana menganggap ilmunya adalah satu anugerah. Sehinggalah ilmunya memakan dirinya menyebabkan Akhbar dirasuk.
Post a Comment for "Telefilem Tangkal Di TV2"
Post a Comment