The Masked Singer Malaysia Musim 4 : Siaran Langsung [Live], Peserta Dan Senarai Juri

The Masked Singer Malaysia Musim 4

Program pertandingan nyanyian misteri disebalik topeng kini kembali untuk musim terbaru. Lebih menarik The Masked Singer Malaysia (Musim 4) bakal disiarkan secara langsung mulai 17 Disember ini.

Musim pertama kita dah saksikan juara sulung Aina Abdul dengan memakai kostume Bunga Raya. Kemudian musim 2, kostum Rambutan dipakai oleh Shila Amzah dan terbaru sebelum ini Ayda Jebat dengan topen Betta Fish.

Kesemua pemenang ini ditentukan sepenuhnya oleh barisan juri dan ianya melalui sesi rakaman. Musim 2023/2024 ini lebih mencabar. Selain daripada live, pemarkahan juga termasuk daripada undian penonton.

9 juri tetap mewakili 80%, manakala 20% lagi adalah datang daripada undian penonton yang boleh dibuat di laman web Astro Gempak.

Senarai Juri Tetap

Barisan juri adalah terdiri daripada Datuk Aznil Hj. Nawawi, Zizan Razak, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Michael Ang dan Angah Raja Lawak.

Barisan Peserta

The Masked Singer Malaysia Musim 4

Pada musim 4 kali ini, seramai 15 barisan selebriti terkenal negara yang terdiri daripada pelbagai cabang seni yang mengambil bahagian.

Katanya ada penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti tv, atlet sukan dan influencer media sosial. 15 peserta yang terlibat dengan memakai 14 kostum sahaja. Ini bermakna ada peserta duo iaitu yang memakai kostum cili padi.

Kostum unik tersebut adalah seperti musang, sang kancil, putera katak, mat helang, abang jagung, roti john, bawang putih, kak cat, ikan emas, cili padi (duo), teratai, bunga matahari, pom pom kin dan bisku aiskrim.

Pengacara

Sama seperti pada 2 musim sebelum ini apabila Datuk AC Mizal sekali lagi akan mengemudi program The Masked Singer Malaysia sebagai pengacara tetap.

Waktu Siaran Langsung

The Masked Singer Malaysia 4 akan berlangsung selama 10 minggu. Ianya akan disiarkan secara langsung mulai 17 Disember 2023, setiap hari Ahad menerusi saluran Astro Warna 107.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi Astro Go atau dapatkan akses secara kandungan On Demand di Astro Box.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "The Masked Singer Malaysia Musim 4 : Siaran Langsung [Live], Peserta Dan Senarai Juri"