Pertama Kali Belajar Tentang Kad Kredit Dan Cara Mohon

Pertama Kali Belajar Tentang Kad Kredit

Baru-baru ni ada duduk lepak dengan kawan-kawan dan sembang tentang kad kredit. Sebab masing-masing baru dapat kerja kan. Tiba-tiba excited nak tahu tentang kad kredit pula.

Lepas tu, tiba banyak pula keluar info-info dan pelbagai jenis kad kredit dalam iklan di facebook terutamanya. Inilah orang kata, internet sekarang boleh dengar apa yang kita borak.

Tapi tu tolak tepi dulu.

Lepas buat pembacaan sikit dan belajar sedikit tentang kad kredit. Baru aku tahu kebanyakan bank di Malaysia tawarkan 4 jenis kad kredit. Antaranya Visa, Mastercard, American Express dan Unionpay.

Jadi aku excited la juga dan nak tahu macam mana agaknya nak mohon kad kredit ni. Ada syarat yang ditetapkan ke? Nak apply kat mana? Kena pergi bank atau boleh buat online sahaja?

1.  Kalau nak apply kad kredit ni mudah je asalkan gaji korang minimum RM2000 sebulan. Biasanya akan dapat kad kredit jenis Gold. Warna emas atau kuning biasanya kad jenis ni.

2.  Kalau korang bergaji lebih tinggi lebih RM5000 sebulan biasanya bank akan beri kad kredit Platinum. Biasanya warna kelabu atau hitam. Limit pun lebih tinggi bergantung pada gaji.

3.  Ada juga kad Premium macam Infinite, World, Signature. Kad macam ni biasanya gaji hampir atau lebih RM10,000. Banyak kelebihan dia tapi biasa datang dengan annual fee yang tinggi. 

Kad kredit ni walaupun nama lain-lain. Yang bezakan ialah limit credit dan ganjaran korang dapat kalau guna. Boleh dapat cashback, airmiles, points. Korang boleh pilih dan mohon kad apa yang sesuai dengan penggunaan korang. 

Ada sesetengah kad akan ada annual fee tapi kalau korang guna kad tu 12 kali setahun biasanya caj ni free. Ada antara kita apply kad ni di shopping mall. Tapi kena juga pastikan kad yang kita apply tu kad islamic. Jangan apply sebab freegift je. 

Macam mana nak tahu? Biasanya ada perkataan "i" untuk jenis kad korang tu. Macam bank rimau diorang ada letak nama Ikhwan juga. 

Jangan tanya kenapa tak guna nama Syeikh. Lagi islamik kot. Mungkin ikhwan tu sempena nama harimau tu.

Cara Mohon Kad Kredit

Sebenarnya paling mudah kalau nak apply kad kredit ni, boleh terus ke mana-mana cawangan bank dan terus mohon disana. Selain itu, boleh juga mohon secara online di website mereka.

Tapi aku dapa tahu, ada satu lagi cara yang lebih berbaloi kalau nak mohon kad kredit ni iaitu dengan menggunakan Ringgit Plus.

Disini, anda boleh mohon semua jenis kad kredit yang ada dalam Malaysia di satu tempat sahaja. Anda boleh pilih bank mana yang anda minat.

Boleh pilih jenis kad kredit. Suka shopping ke, suka cashback, petrol, point dan sebagainya. Lebih mudah.

Selain itu, mereka juga ada menawarkan pelbagai freegift sekiranya mohon di Ringgit Plus. Jadi lebih berbaloi kalau mohon disini berbanding direct ke bank yang tak dapat apa-apa pun.

Jadi kalau korang berminat, boleh la mohon sekarang Kad Kredit menerusi Ringgit Plus.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Pertama Kali Belajar Tentang Kad Kredit Dan Cara Mohon"