Cara Semak Dividen ASB 2023 Secara Online & Tarikh Semakan

Cara Semak Dividen ASB 2023 Secara Online

Selepas pengumuman pengagihan pendapatan atau dividen ASB 2023 sebelum ini, kita semua sebagai pelabur pastinya ingin tahu bila tarikh semakan boleh dibuat dan bagaimana cara untuk semak jumlah dividen yang diperoleh.

Sebelum ini kita dah tahu kan dividen ASB untuk tahun 2023 adalah 5.25 sen iaitu 4.25 sen pengagihan pendapatan dan 1.00 sen adalah bonus. Jumlah ini tidak tertakluk kepada unit. Ini bermakna tiada limit dan ianya dikira kesemuanya.

BACADividen ASB 2023 Adalah 5.25 sen, Lebih Tinggi Dari Tahun Lepas

Sebelum ni tengok ramai yang masih tertanya-tanya, adakah bonus 1.00 sen itu limit untuk 30,000 unit seperti sebelum ini iaitu pada dividen ASB 2022? Sebenarnya tidak, sebelum ini, limit tersebut adalah untuk bonus tambahan dan bukan untuk bonus.

Tarikh Semakan Dividen ASB 2023

Seperti yang diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan melalui perkongsian di facebook rasmi mereka dimana semakan dividen ASB boleh dibuat bermula 1 Januari 2024 (Isnin) secara online dengan myASNB.

Manakala 2 Januari 2024 (Selasa), anda boleh buat semakan di mana-mana kaunter ASNB di seluruh Malaysia. Dalam masa sama juga, pelaburan tambahan, jualan semula atau anda juga boleh mula bawa keluar dividen tersebut bermula tarikh seperti di atas.

Cara Semakn Dividen ASB Guna myASNB

Pasti dah tak sabar-sabar kan nak tahu, berapa jumlah dividen ASB 2023 yang diperoleh kali ini. Jadi jalan awal untuk ketahuinya adalah membuat semakan secara online menggunakan myASNB sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile.

BACA : Cara Kira Dividen ASB 2023

Cara semakan dibawah adalah dengan menggunakan aplikasi myASNB. Anda boleh download aplikasi ini secara percuma sama ada menerusi google play store atau apple app store.

1)  Buka aplikasi myASNB

2)  Klik pada 'Unit Amanah'

Cara Semak Dividen ASB 2023 Secara Online

3)  Kemudian pada bahagian Dana Saya, klik 'Amanah Saham Bumiputera'

Cara Semak Dividen ASB 2023 Secara Online

4)  Pada bahagian bawah sekali, dipaparkan jumlah dividen ASB 2023 yang diterima iaitu dalam bentuk 2 jenis; Distribution (4.25 sen) dan Bonus (1.00 sen). Disini akan dipaparkan berapa jumlah yang anda terima dividen kali ini.

5)  Jumlah kan kedua-dua (distribution + bonus) dan akan dapat jumlah sebenar Dividen ASB 2023 anda

Cara Semak Dividen ASB 2023 Secara Online

Sebagai alternatif, jika anda pengguna Maybank dan sudah sambungkan dengan akaun ASB, anda juga boleh semak dividen ASB 2023 dengan menggunakan aplikasi MAE by Maybank secara online.

Cara Semak Dividen ASB 2023 Guna MAE by Maybank

1.  Buka aplikasi MAE by Maybank anda

2.  Kemudian tekan tab 'Accounts' dan pilih 'Wealth'

3.  Cara ASNB Accounts dan klik padanya

4.  Klik pada akaun ASB anda

5.  Disini akan dipaparkan jumlah dividen ASB 2023 dalam 2 bentuk iaitu Distribution (4.25%) dan bonus (1.00%). Jumlahkan kedua-duanya adalah 5.25%.

cara semak dividen asb 2023 guna mae by maybank

Dah dapat semak?

Mudah je bukan?

Berapa dividen ASB anda pada tahun 2023?

Semoga perkongsian cara semak dividen ASB 2023 ini bermanfaat kepada anda terutamanya pertama kali ingin semak menggunakan myASNB.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Cara Semak Dividen ASB 2023 Secara Online & Tarikh Semakan"

Comment Author Avatar
seronok semua tgok baki ASB...kikiki...
Alhamdulillah rezeki nya