Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia vs Jordan Piala Asia 2023

Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia vs Jordan Piala Asia 2023

Terdapat empat cara untuk anda di tanah air khususnya bagi menonton dan menyaksikan perlawanan Malaysia vs Jordan secara langsung pada 16 Januari 2024.

Malaysia melayakkan diri ke Piala Asia untuk kali keempat iaitu tahun 1976, 1980, 2007 selaku tuan rumah bersama dan edisi 2023. Lebih manis, kali ini layak secara merit selepas 43 tahun.

Untuk edisi ke-18, Piala Asia (AFC Asian Cup) 2023 diadakan bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024 yang mana Qatar untuk kali ketiga menjadi tuan rumah.

Malaysia antara 24 pasukan yang mengambil bahagian dalam Piala Asia kali ini dimana telah diundi dalam kumpulan E bersama-sama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.

Seramai 26 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon bagi menggalas cabaran di kejohanan bola sepak tertinggi Asia ini antaranya Arif Aiman, Faisal Halim, Darren Lok, Syihan Hazmi, Dion Cools dan ramai lagi.

pemain malaysia di piala asia 2023

Pastinya ramai teruja untuk menantikan aksi Harimau Malaya di atas padang dan kini sebaris dengan negara-negara besar seperti Iran, Korea, Jepun, Uzbekistan dan Qatar.

Meskipun hadir sebagai bukan pilihan, tetapi inilah masanya untuk pemain-pemain menunjukkan yang mana pasukan Asia Tenggara terutamanya Malaysia juga mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia vs Jordan

Perlawanan pertama melibatkan pasukan Malaysia ini pastinya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Adakah pasukan ke-130 mampu menumpaskan Jordan yang berada di tangga ke-87 FIFA rangking atau sekurang-kurangnya memberi saingan sengit.

Semua ini anda boleh saksikan pada 16 Januari 2023, pagi Selasa dengan waktu sepak mula pada pukul 1.30 pagi waktu Malaysia yang berlangsung di Stadium Al Janoub.

Terdapat empat cara untuk anda saksikan perlawanan ini secara langsung, antaranya:

1)  Menonton Di Stadium Qatar

Pilihan utama pastinya anda boleh saksikan secara langsung terus ke stadium di. Sebelum ini juga, FAM ada menyediakan pakej untuk orang ramai yang ingin menyaksikan langsung terus di Qatar.

Tetapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk terbang ke Timur Tengah, jangan risau anda masih lagi boleh saksikan secara langsung di tanah air tetapi pastinya dengan tempoh waktu yang berbeza.

Waktu Malaysia cepat 5 jam daripada Qatar.

2)  Siaran Langsung Di Astro Dan RTM

Untuk peminat bola sepak yang berada di tanah air, anda boleh saksikan semua perlawanan Piala Asia 2023-2024 secara langsung yang dibawakan menerusi Astro.

Tapi untuk perlawanan Malaysia vs Jordan, anda boleh saksikan di saluran Astro Arena (CH801) dan Astro Arena Bola (CH803) atau secara online di Astro Go.

RTM juga turut menyediakan perlawanan ini secara langsung iaitu menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. Jadi semua rakyat Malaysia boleh tonton secara percuma di rumah anda.

3)  Live Streaming Di Aplikasi

Mungkin ada yang dalam perjalanan dan tidak berkesempatan untuk menonton di tv, jangan risau. Ini kerana anda masih boleh saksikan secara live streaming.

Boleh menggunakan platform Sooka dengan melanggan pas 24-jam berharga RM12.90. Selain itu, anda juga boleh strim secara percuma di RTM Klik. Kedua-duanya disediakan di website dan aplikasi mobile.

4)  Tayangan Skrin Besar Di Lokasi Terpilih

Untuk memeriahkan lagi suasana terutamanya ketika melibatkan pasukan Harimau Malaya, pihak KBS telah menyediakan tayangan skrin besar di lokasi terpilih seluruh Malaysia.

Kali ini nampaknya lebih menarik apabila akan ada tayangan di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil. Yang penting semua lokasi ini adalah masuk secara percuma.

Selain tayangan perlawanan bola, terdapat juga beberapa aktiviti sampingan sepanjang acara tersebut. Jadi boleh sertai dan datang beramai-ramai nanti.

Tiada alasan lain lagi untuk anda tidak terlepas menyaksikan perlawanan-perlawanan melibatkan pasukan Malaysia dalam Piala Asia AFC 2023-2024 kali ini.

Berikan sokongan dan sorakan yang padu kepada pemain-pemain yang beraksi meskipun anda berada jauh daripada mereka. Kali ini pasti kita mampu untuk tebus ke pusingan 16.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia vs Jordan Piala Asia 2023"