Jadual Siaran Langsung Pusingan 16 AFC Asian Cup 2023-2024

Jadual Siaran Langsung Suku Akhir AFC Asian Cup 2023-2024

Selepas mengharungi peringkat kumpulan, sebanyak 16 pasukan yang berjaya meneruskan cabaran dalam Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup) ke peringkat kalah bermula 28 Januari hingga 1 Februari 2024 untuk Pusingan 16 Terbaik.

Untuk cabaran kali ini, tiada perlawanan timbal balik. Sebanyak 16 pasukan dengan melibatkan 8 perlawanan yang akan berlangsung ketika ini. Pasukan-pasukan tersebut adalah terdiri daripada juara dan naib juara setiap kumpulan beserta empat pasukan terbaik di tempat ketiga.

Senarai Pasukan Yang Layak Ke Pusingan 16 Terbaik

Malaysia mengakhiri kempen Piala Asia ke-18 kali ini di tempat tercorot dengan mengumpul 1 mata dan bawa balik 3 gol sebagai hadiah sagu hati. Mata bonus tersebut diraih apabila berjaya mengikat pasukan Korea Selatan dalam perlawanan akhir yang epik dengan berkesudahan 3-3.

BACA JUGA : Malaysia Berjaya Mengikat Juara 2 kali Korea Selatan Di Perlawanan Ketiga

Untuk edisi kali ini juga, ada empat pasukan yang berjaya mara ke peringkat kalah mati buat kali pertama iaitu Tajikistan, Syria, Palestin dan jiran tentanga kita, Indonesia. Wakil Asia Tenggara ada dua iaitu Indonesia bersama Thailand.

Berikut merupakan senarai 16 pasukan yang telah layak bagi meneruskan cabaran dalam AFC Asian Cup 2023 Qatar di pusingan 16 terbaik:

Kumpulan Juara Naib Juara
A Qatar Tajikistan
B Australia Uzbekistan
C Iran UAE
D Iraq Jepun
E Bahrain Korea
F Arab Saudi Thailand
3rd Place Syria, Palestin, Indonesia, Jordan

*Senarai juara, naib juara dan empat pasukan tempat ke-3 terbaik untuk Pusingan 16

Siaran Langsung Pusingan 16 Piala Asia 2023

Seperti yang diumumkan oleh pihak Astro sebelum ini, kesemua 51 perlawanan akan ditayangkan live dan secara langsung menerusi Astro Arena 801, Arena Bola 803-804 dan Astro Supersport 811-813. Juga secara live streaming di Astro Go dan aplikasi Sooka.

Walaubagaimanapun, tiada tayangan secara langsung menerusi saluran RTM. Hanya sorotan perlawanan sahaja seperti sebelum-sebelum ini yang tidak melibatkan pasukan Malaysia. Ada di TV Okey dan Sukan RTM.

Jadual & Keputusan Pusingan 16 Terbaik AFC Asian Cup 2024

Untuk pusingan 16 terbaik, ianya akan bermula pada 28 Januari dan berakhir pada 1 Februari 2024. Hanya melibatkan 2 perlawanan sahaja setiap baru iaitu pada pukul 7.30 malam dan 12.00 tengah malam ikut waktu Malaysia.

BACA JUGA : Jadual Penuh Perlawanan Piala Asia 2023

Berikut merupakan senarai jadual penuh live perlawanan melibatkan 16 pasukan bola sepak di peringkat 16 terbaik dalam Piala Asia AFC Qatar 2023-2024.

28 Januari 2024, Ahad
FT : Australia (4) - (0) Indonesia - 7.30PM di Astro

29 Januari 2024, Isnin
FT : Tajikistan (1)* - (1) UAE [Pen: 5-3] - 12.00AM di Astro
FT : Iraq (2) - (3) Jordan - 7.30PM di Astro

30 Januari 2024, Selasa
FT : Qatar (2) - (1) Palestin - 12.00AM di Astro
FT : Uzbekistan (2) - (1) Thailand - 7.30PM di Astro

31 Januari 2024, Rabu
FT : Arab Saudi (1) - *(1) Korea Selatan [Pen: 2-4] - 12.00AM di Astro
FT : Bahrain (1) - (3) Jepun - 7.30PM di Astro

1 Februari 2024, Khamis
FT : Iran (1)* - (1) Syria [Pen: 5-3] - 12.00AM di Astro

jadual suku akhir piala asia 2023 2024

*Pasukan yang menang akan layak dan bergerak ke pusingan Suku Akhir yang dijadualkan bermula dari 2 hingga 3 Februari 2024.

BACA JUGA : Jadual Penuh Suku Akhir Piala Asia

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Siaran Langsung Pusingan 16 AFC Asian Cup 2023-2024"