Jadual Siaran Langsung RTM Piala Asia 2023 Waktu Malaysia

Jadual Siaran Langsung RTM Piala Asia AFC Qatar 2023 Waktu Malaysia

Piala Asia AFC Qatar 2023 untuk tahun ini bukan sahaja anda boleh tonton siaran langsung menerusi saluran Astro, tetapi anda juga boleh saksikannya menerusi saluran RTM yang secara rasmi menjadi rakan penyiar untuk kejohanan ini.

Ini bermakna, lebih ramai lagi rakyat Malaysia boleh nikmati perlawanan bola sepak tertinggi Asia ini yang hanya berlangsung empat tahun sekali. Edisi ke-18 kali ini ianya akan diadakan selama 30 hari bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Dengan adanya saluran RTM ini, orang ramai boleh menonton secara percuma dalam format High Definition (HD) tanpa perlu langganan sama ada di platform Astro atau MYTV. Kalau di Astro, sudah tentu anda perlu langgan pek Sukan untuk menonton Piala Asia kali ini.

BACA : Jadual Penuh Perlawanan Piala Asia AFC Qatar 2023

Walaupun begitu, bukan kesemua 51 perlawanan yang akan disiarkan secara langsung di RTM. Seperti yang diumumkan, hanya melibatkan perlawanan bagi pasukan Malaysia dan tayangan secara tertunda untuk saingan suku akhir dan separuh akhir.

Kalau nak tengok semua game, kena langgan Astro juga.

Jadual Siaran Langsung Di RTM Bagi Piala Asia AFC Qatar 2023

Menerusi saluran RTM, akan ditayangkan perlawanan AFC Asian Cup Qatar 2023-2024 menerusi dua siaran iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di platform rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi RTM Klik. Jangan risau, semua percuma.

Berikut merupakan jadual penuh siaran langsung yang disiarkan di saluran RTM sepanjang kejohanan iaitu melibatkan pasukan Harimau Malaya:

[Siaran Langsung]

Selasa, 16 Januari 2023

FT : Malaysia (0) - (4) Jordan

  • Mahmoud Al Mardi 12', 32'
  • Musa Al-Taamari 18' (P), 85'

Waktu : 1.30 Pagi
Venue : Stadium Al Janoub
Tayangan TV : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Sabtu, 20 Januari 2023

FT : Bahrain (1) - (0) Malaysia

  • Ali Madan 90+5'

Waktu : 11.30 Malam
Venue : Stadium Jassim Bin Hamad
Tayangan TV : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Khamis, 25 Januari 2023

FT : Korea Selatan (3) - (3) Malaysia

  • Yeong Jeong Woo 21'
  • Faisal Halim 51'
  • Arif Aiman 62'
  • Kang In Lee 83'
  • Son Heung Min 90+4'
  • Romel Morales 90+15'

Waktu : 7.30 Malam
Venue : Stadium Al Janoub
Tayangan TV : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Final, 10 Februari 2023 (Sabtu)

FT : Jordan (1) - (3) Qatar

Waktu : 11.00 Malam
Venue : Stadium Lusail
Tayangan TV : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

[Siaran Tertunda]

Suku Akhir

Jumaat, 2 Februari 2024
FT : Tajikistan (0) - (1) Jordan
AET : Australia (1) - (2) Korea Selatan

Sabtu, 3 Februari 2024
FT : Iran (2) - (1) Jepun
AET : Qatar (1) - (1) Uzbekistan [Pen: 3-2]

Separuh Akhir

Selasa, 6 Februari 2024
FT : Jordan (2) - (0) Korea Selatan

Rabu, 7 Februari 2024
FT : Iran (2) - (3) Qatar

*jadual penuh akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Siaran Langsung RTM Piala Asia 2023 Waktu Malaysia"