Siaran Langsung Pakistan vs Malaysia Hoki Kelayakan Olimpik 2024

https://www.aimanabdullah.com/2024/01/siaran-langsung-malaysia-vs-china-hoki-kelayakan-olimpik-2024.html

Aksi terakhir ini bakal menentukan sama ada Malaysia mampu atau tidak pergi ke pusingan separuh akhir sekali gus mendekatkan lagi peluang beraksi di Olimpik Paris 2024.

Untuk perlawanan terakhir ini, Pakistan vs Malaysia akan berlangsung pada 19 Januari 2024, hari Khamis pukul 12.45 pagi waktu Malaysia yang diadakan di Muscat, Oman.

Meskipun nampak sangat-sangat sukar, tetapi peluang untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan A masih terbuka tetapi perlu mengharapkan magis yang berlaku dalam pertemuan Great Britain dan China.

Misi wajib menang perlu dituntaskan terlebih dahulu untuk pasukan Malaysia ketika bertemua Pakistan nanti dan perlu dengan jumlah jaringan yang besar.

Kemudian China perlu tewas kepada Great Britain juga dengan jaringan yang besar. Sekiranya terjadi, barulah Malaysia berjaya menduduki tempat kedua dalam kumpulan dan layak ke separuh akhir.

Tetapi jika melihat aksi terakhir kedua-dua pasukan, Pakistan pernah menumpaskan Malaysia dalam kempen Sukan Asia Hangzhou pada tahun lalu.

Meskipun begitu, Malaysia juga pernah menumbangkan pada tahun yang sama dalam saingan Hero Asian Champions Trophy yang berlangsung di Chennai ketika itu.

Malaysia sebelum ini sudah tewas dua kali dalam saingan Hoki Kelayakan Olimpik 2024. Kali pertama ketika bertemu China dengan keputusan akhir 3-2.

BACA : Malaysia Tewas Kepada China Dalam Aksi Pembukaan

Kemudian dalam aksi kedua, sekali lagi pasukan negara terpaksa menerima kekalahan dengan jaringan besar 1-4 ke atas pasukan Great Britain yang berlangsung pada 17 Januari yang lalu

Untuk perbandingan ranking pula, Malaysia kini mendudukan tangga ke-14 dunia berbanding Pakistan hanya dipisahkan dua anak tangga sahaja di tempat ke-16.

Jika melihat dari segi semua keadaan, kedua-dua pasukan masih berpeluang untuk meraih kemenangan. Kedua-dua pasukan juga perlukan kemenangan untuk mencipta sesuatu.

Sekiranya Pakistan menang, mereka mampu untuk mara ke separuh akhir jika China tumpas kepada Great Britain.

Setakat ini, hanya Great Britain telah mengesahkan tempat di pusingan separuh akhir. Dalam kumpulan B juga, saingan masih terbuka untuk tiga pasukan teratas. Perlawanan terakhir yang menentukan segalanya.

Siaran Langsung Pakistan vs Malaysia

Pemain-pemain pastinya bersemangat untuk perlawanan akhir dan pastinya akan buat sehabis baik untuk terus mara lebih jauh dalam FIH Hockey Olympic Qualifiers 2024 kali ini.

Tetapi untuk peminat hoki tanah air nampaknya tiada peluang untuk saksikan secara langsung di tv kerana tiada tayangan dibuat sama ada di Astro atau di RTM sekali pun.

Sekiranya anda ingin saksikan juga perlawanan Kelayakan Olimpik ini, anda boleh live streaming secara sah di watch.hockey dengan yuran langgan RM29.90 sahaja untuk seluruh kejohanan.

Jadual & Keputusan

19 Januari 2023 (Khamis)

FT : Pakistan (3) - (3) Malaysia

  • Fitri Saari 20' (FG)
  • Khan Sufyan 23' (PC)
  • Azrai Abu Kamal 30' (PC)
  • Butt Ammad 33' (FG)
  • Firhan Ashari 40' (FG)
  • Rana Waheed Ashraf 52' (FG)

Masa : 12.45 Pagi
Venue : Muscat, Oman
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : Watch.Hockey

*Malaysia tidak berjaya ke separuh akhir dan sekali gus terlepas slot Olimpik Paris 2024

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post