Telefilem Langgar Pantang Di Astro Ria

Telefilem Langgar Pantang Di Astro Ria

Hujung minggu anda kini tidak bosan lagi apabila Astro kini bawakan satu lagi slot telemovie yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104)

Bermula 12 Januari 2024, anda boleh saksikan telefilem Langgar Pantang yang membawa sebuah kisah misteri yang terkait dengan proses berpantang mengikut tradisi.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Metrowealth Sdn. Bhd. idea daripada panel skrip MIG sendir dan diarahkan oleh Izuan Mokhtar.

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Nadiya Nissa, Amar Baharin, Fadilah Mansor, Nuremy Ramli, Ruzaidi Abdul Rahman, Sharifah Antasha dan ramai lagi.

  • Nadiya Nisaa sebagai Elis
  • Amar Baharin sebagai Hilman
  • Fadilah Mansor sebagai Kak Faridah
  • Nuremy Ramli sebagai Husna
  • Ruzaidi sebagai Wak
  • Sharifah Antasha sebagai Puan Huda

Sinopsis Telefilem Langgar Pantang

Elis mengalami keguguran dan menjalani proses berpantang mengikut tradisi Melayu, tetapi segalanya menjadi kelam kabut apabila pembantunya secara tidak sengaja mendedahkan rahsia yang Elis sembunyikan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Langgar Pantang Di Astro Ria"