Telefilem Pekerja Terbaik Di TV9

Telefilem Pekerja Terbaik Di TV9

Saksikan telefilem Pekerja Terbaik yang akan menemui penonton semula pada 12 Januari 2024, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di aplikasi Tonton.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan terbitan syarikat produksi Saga Lines, diarahkan oleh Kyoll Hamzah dengan nukilan skrip daripada Farhana Zul.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah, Syazwan Zulkifli, Sherry Al-Hadad, Rykal Iskandar, Shah Tapaw, Zahfiz Hamzah, Achong Sweetchild dan ramai lagi.

  • Zahiril Adzim sebagai Shaudin
  • Sharifah Sakinah sebagai Ella
  • Syazwan Zulkifli sebagai Hairi
  • Sherry Al-Hadad sebagai Miss Jue
  • Rykal Iskandar sebagai Omar
  • Shah Tapaw sebagai Musa Kalut
  • Zahfiz Hamzah sebagai Rosli
  • Achong Sweetchild sebagai Bomoh

Sinopsis Telefilem Pekerja Terbaik

Telemovie Pekerja Terbaik mengisahkan tentang Shaudin yang merupakan seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera dan menjadi pekerja terbaik setiap bulan.

Namun sikap Shaudin yang berlagak ketika membuat kerja membuatkan Cik Jue, penyelia di situ tidak senang dengan sikapnya.

Suatu hari, Cik Jue membuat mesyuarat tergempar dan menyatakan bahawa dia akan menyerahkan jawatannya kepada pekerja terbaik untuk bulan seterusnya.

Shaudin yakin yang dia akan terpilih namun kedatangan Hairi, pekerja terbaik di tempat kerja lamanya dulu telah membuatkan Shaudin merasa tergugat.

Disebabkan satu insiden di mana Hairi ditangkap oleh Shaudin kerana mencuri stok makanan di restoran. Malahan, Shaudin juga masih kekal sebagai pekerja terbaik setiap bulan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Pekerja Terbaik Di TV9"