Tonton Siaran Langsung AFCON 2023-2024 Di beIN Sports Connect Di Malaysia

Tonton Siaran Langsung AFCON 2023-2024 Menerusi beIN Sports Connect Di Malaysia

Selain Piala Asia, peminat bola sepak khususnya di Malaysia pastinya menantik-nantika kejohanan dwi-tahunan African Cup of Nations (AFCON) 2023 yang akan bermula pada 13 Januari di Ivory Coast.

Tapi persoalan awal pertama sebelum sepak mula nanti adalah adakah kejohanan ini akan ditayangkan di Malaysia? Jika ada, ianya ditayangkan di Astro ataupun di RTM? Jika tiada, macam mana nak tonton kalau kita berminat?

Jika anda lihat menerusi laman sosial media mahupun di tv, tiada mana-mana syarikat penyiar yang mengiklankan kejohanan ini dan jika dilihat daripada intisari program pun, tiada tayangan AFCON 2023 di Malaysia.

Ini bermakna tiada tayangan rasmi yang akan dibuat di Malaysia bagi kejohanan AFCON 2023. Tapi untuk anda yang berminat, sebenarnya masih ada cara untuk saksikan kejohanan ini secara langsung iaitu menerusi live streaming.

Pengenalan African Cup of Nations (AFCON) 2023

Kejohanan AFCON 2023 akan bermula dari 13 Januari hingga 11 Februari 2024 dan Ivory Coast menjadi tuan rumah buat kali kedua selepas tahun 1984.

Kesemua 51 perlawanan akan bermain di enam stadium merentasi lima bandar. Ibu negara iaitu Abidjan, terdapat dua venue -  Stadium Felix Houphouet-Boigny dan Stadium Alassane Ouattara, yang juga akan berlangsunya perlawanan akhir.

Yamoussoukro, Bouake, Korhogo dan San Pedro turut terlibat menganjurkan baki perlawanan.

Senarai Pasukan Yang Bertanding Di AFCON 2023

Terdapat 24 pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam edisi kali ini dan kesemuanya telah diundi dalam enam kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan pada setiap daripanya.

  • Group A – Ivory Coast, Nigeria, Equatorial Guinea, and Guinea-Bissau
  • Group B – Egypt, Ghana, Cape Verde, and Mozambique
  • Group C – Senegal, Cameroon, Guinea, and The Gambia
  • Group D – Algeria, Burkina Faso, Mauritania, and Angola
  • Group E – Tunisia, Mali, South Africa, and Namibia
  • Group F – Morocco, DR Congo, Zambia, and Tanzania

Format Pertandingan

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan dan empat pasukan yang menduduki tempat ketiga terbaik akan mara ke pusingan 16 terakhir.

Pasukan terbawah dan dua pasukan tempat ketiga paling teruk dalam setiap kumpulan akan tersingkir daripada kejohanan.

Siaran Langsung AFCON 2023 Di Malaysia

Berita tidak baik untuk penonton di Malaysia khususnya bagi peminat kejohanan bola sepak Afrika iaitu AFCON 2023 dimana tiada siaran langsung yang dibawakan sama ada menerusi Astro mahupun RTM.

Tetapi anda mempunyai pilihan untuk menyaksikan kesemua perlawanan dalam kejohanan ini secara live streaming iaitu menerusi beIN Sports Connect sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile.

Jika anda langgan Sport Pack di Astro, anda boleh menggunakan beIN Sports Connect secara percuma. Sekiranya tidak, anda boleh langgan dengan harga RM28 sebulan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Tonton Siaran Langsung AFCON 2023-2024 Di beIN Sports Connect Di Malaysia"