Siaran Langsung Iran vs Qatar Separuh Akhir Piala Asia 2023

Siaran Langsung Iran vs Qatar Separuh Akhir Piala Asia 2023

Kini giliran perhitungan antara Iran vs Qatar bagi perlawanan Separuh Akhir Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup) pula akan berlangsung secara langsung pada 7 Februari 2024, Rabu bertempat di Stadium Al Thumama di Qatar.

Ini merupakan perlawanan kedua untuk semi final apabila Jordan telah mengesahkan slot ke final semalam apabila menumpaskan juara tiga kali, Korea Selatan dengan keputusan 2-0 sekali gus melakar sejarah mara ke final buat kali pertama.

BACA JUGA : Jordan Menumpaskan Korea Dengan Keputusan 2-0

Kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak lapan belas kali secara keseluruhan. Dalam jumlah tersebut, Iran mendahului apabila menang sebelas daripadanya, manakala Qatar hanya pernah menang dua kali sahaja, selebihnya seri.

Kali terakhir mereka bertemu adalah pada Oktober, tahun 2023 iaitu menerusi perlawanan persahabatan. Ketika itu, bermain di bumi Qatar dan Iran menunjukkan mereka lebih hebat apabila mengalahkan Qatar dengan jaringan 4-0.

Keputusan ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kedudukan FIFA. IR Iran kini mendudukan tangga jauh lebih tinggi berbanding Qatar. Iran kini berada di tempat ke-21, manakala Qatar di kedudukan ke-58 iaitu sekali ganda.

Jika dibuat perhitungan mengikut rangking, pastinya perlawanan ini akan menyebelahi Iran. Ditambah pula, mereka baru sahaja menunjukkan jalan keluar kepada King Of Asia, Jepun dalam saingan suku akhir sebelum ini.

Tetapi atas faktor tuan rumah, ini juga memberi kelebihan kepada Qatar. Penyokong yang hadir pastinya lebih ramai berbanding pasukan lawan. Bukan itu sahaja, status penyandang juara pastinya akan memberi lebih semangat kepada tuan rumah untuk mengekalkan trofi tersebut di bumi Qatar.

Pemenang bagi perlawanan ini akan bertemu Jordan yang terlebih dahulu telah mengesahkan ke pusingan akhir. Final AFC Asian Cup Qatar 2023 dijadualkan akan berlangsung pada 10 Februari 2024 dan tiada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Siaran Langsung Iran vs Qatar di Astro Dan Live Streaming

Meskipun skuad Harimau Malaya sudah terkeluar daripada kempen Piala Asia kali ini, peminat bola sepak di tanah air pastinya teruja untuk mengetahui pasukan manakah yang akan mara ke final dalam perlawanan kali ini.

Jadi untuk ketahui keputusan tersebut, orang ramai boleh saksikan perlawanan antara Iran vs Qatar yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga saksikan secara online di Astro Go.

Sebagai alternatif lain, anda juga boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi platform Sooka sama ada menggunakan laman web atau aplikasi mobile. Seperti biasa, hanya perlu langgan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Untuk tayangan di rakan penyiar rasmi, RTM ianya hanya akan ditayangkan secara tertunda sahaja, tiada siaran langsung. Anda boleh saksikan pada hari esoknya menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM secara striming di RTM Klik.

Keputusan Terkini

Keputusan penuh akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi perlawanan separuh akhir kedua antara Iran vs Qatar yang mana akan berlangsung pada 7 Februari 2024, hari Rabu.

FT : Iran (2) - (3) Qatar

  • Sardar Azmoun 4'
  • Jassem Abulsallam 17'
  • Akram Afif 43'
  • Alireza Jahanbakhsh 51'
  • Almoez Ali 82'

Masa : 11.00 Malam
Venue : Stadium Al Thumama
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Iran vs Qatar Separuh Akhir Piala Asia 2023"