Doa Nabi Yunus - Kelebihan Diamalkan Ketika Kesempitan (Bacaan Rumi & Maksud)
Doa Nabi Yunus merupakan zikir atau istighafar yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun. Disebalik doa tersebut, terdapat kelebihan terutamanya boleh diamalkan ketika berada dalam kesusahan.
Kisah Nabi Yunus AS sangat terkenal dimana baginda dicampak ke dalam laut. Dengan mukjizat Allah, Nabi Yunus telah ditelan oleh seekor ikan Nun dan didalam perutnyalah baginda beristighfar dengan doa Nabi Yunus ini.
BACA JUGA : 12 Waktu Paling Mustajab Untuk Doa Mudah Dikabulkan
Disebabkan zikir inilah, Alla SWT telah menyelamatkan baginda dan akhirnya membolehkan keluar dari perut ikan tersebut yang telah menelannya. Berikut merupakan Doa Nabi Yunus.
Doa Nabi Yunus
Doa Nabi Yunus Dalam Rumi
Laailahaailla Anta, Subhaanaka Innii, Kuntu Minazzolimin
Maksud Doa Nabi Yunus
"Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri" - Surah Al-Anbiya: 87
Kisah Nabi Yunus AS Dalam Perut Ikan Nun
Nabi Yunus diutuskan oleh Allah SWT untuk mengajak sebuah kaum di sebuah kampung bernama Ninawa di daerah Mosul Irak untuk menyembah tuhan yang satu dan jauhi penyembahan berhala.
Tetapi dakwah baginda tidak dihiraukan. Risau akan dibunuh oleh kaum tersebut, Nabi Yunus meninggalkan mereka dengan menaiki sebuah kapal.
Dalam perjalanan, kapal yang ditumpang oleh baginda tersebut dipukul ombak besar lalu mereka berasa takut kapal itu akan karam.
Lalu, semua penumpang membuat undian salah seorang di antara mereka perlu dibuang ke laut untuk meringankan bebanan kapal tersebut.
Maka undian pun terkena kepada Nabi Yunus AS. Akan tetapi, mereka enggan untuk membuangnya. Lalu mereka pun mengulanginya dan undian tersebut terkena lagi kepada Nabi Yunus AS. Akan tetapi, mereka juga enggan untuk membuangnya. Lalu mereka pun mengulanginya untuk kali yang ketiga dan undian tersebut terkena juga kepada Nabi Yunus AS.
Dengan mukzijat Allah SWT, ketika terjun ke dalam laut, Nabi Yunus AS terus ditelan oleh ikan yang sangat besar sehingga baginda masuk ke dalam ikan perut tersebut. Baginda kini ditutupi oleh tiga kegelapan; kegelapan perut ikan, kegelapan lautan dan kegelapan malam.
Semasa di dalam perut ikan yang sempit inilah, Nabi Yusuf berdoa dan memohon keampunan kepada Allah SWT dengan doa atau istighfar "Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
Allah SWT akhirnya mengampunkan Nabi Yunus AS dan menyelamatkannya ke tepi pantai serta mengeluarkannya dari perut ikan nun selepas 40 hari.
Kelebihan Doa Nabi Yunus
Terdapat banyak kelebihan, manfaat dan kebaikan daripada Doa Nabi Yunus ini, antaranya ialah :
- Dimakbulkan doa dan permintaan oleh Allah
- Dikeluarkan dari masalah dan kesempitan
- Diberi ketenangan hati
- Doa yang terbaik
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka. Sabda Rasulullah:
فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له
"Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu." - (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa beristighfar dan memohon ampun kepadaNya.
Wallahu a'lam
Sumber :Jabatan Mufti Wilayah
Post a Comment for "Doa Nabi Yunus - Kelebihan Diamalkan Ketika Kesempitan (Bacaan Rumi & Maksud)"
Post a Comment