Siaran Langsung Manchester City vs Manchester United EPL 2024 Live

Siaran Langsung Manchester City vs Manchester United EPL 2024 Live

Derby Manchester akan berlangsung pada 3 Mac 2024, hari Sabtu dimana bakal mempertemukan dua jiran iaitu Manchester City vs Manchester United dimana akan berlangsung di Stadium Etihad.

Setakat perlawanan ini, City kini berada di tangga kedua liga dengan mengutip 59 mata. Manakala United di kedudukan ke-6 dengan hanya berjaya mengumpul 44 mata sahaja iaitu 15 mata ketinggalan.

Jika buat perbandingan perlawanan, City menang 18 daripada 26 perlawanan dan hanya kalah 4 kali sahaja serta seri 5 kali. United menang 14, seri 2 kali dan telah tewas sebanyak 10 perlawanan.

Ini merupakan pertemuan kedua dalam saingan Liga Inggeris, EPL untuk musim 2023-2024. Kali pertama mereka bertemu adalah pada Oktober yang lalu dimana menyaksikan Manchester United tewas di Old Trafford dengan jaringan 0-3.

City pastinya tidak mahu tewas kepada jiran mereka bagi terus mencabar kedudukan top of the league. Serta dalam masa yang sama, United juga tidak mahu ketinggalan jauh daripada kedudukan top 4 untuk melayakkan diri ke UCL pada musim hadapan.

Untuk rekod, dalam 5 perlawanan terakhir bagi kedua-dua pasukan, The Red Devils hanya pernah menang sekali sahaja dan selebihnya berkelebihan kepada The Citizens.

Adakah pertemuan terkakhir untuk musim kali ini United mampu bangkit menumpaskan bekas juara EPL musim lalu ini? Atau City akan teruskan rentak kemenangan seperti biasa?

Siaran Langsung Manchester City vs Manchester United

Pastinya ramai yang tidak sabar-sabar untuk menantikan aksi pemain kedua-dua pasukan kali ini. All eyes around the world focus on Halland from City dan ketiadaan Hojlund akan ditampung oleh Marcus Rashford pula.

Siaran Langsung Manchester City vs Manchester United EPL 2024 Live

Jadi untuk peminat-peminat boleh sepak EPL di Malaysia terutamanya untuk kedua-dua pasukan ini, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 813 atau secara UHD di Astro Supersport 815.

Selain itu, untuk anda yang ingin menonton secara live streaming, anda boleh langgan platform Sooka sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile. Hanya berharga RM13.50 sahaja untuk menyaksikan perlawanan ini.

Jadual Perlawanan & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Manchester City vs Manchester United dalam saingan EPL 2023-2024 yang berlangsung pada 3 Mac 2024, hari Ahad bertempat di Stadium Etihad.

Manchester City vs Manchester United

Masa : 11.30 Malam
Venue : Stadium Etihad
Tayangan TV : Astro Supersport 813 & 815
Live Streaming : Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post