Siaran Langsung Oman vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Siaran Langsung Oman vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Kita bakal dapat saksikan satu lagi perlawanan terbaik untuk skuad Harimau Malaysia apabila perlawanan Oman vs Malaysia akan berlangsung pada 22 Mac 2024 bertempat di Muscat Oman.

Sebelum ini, kita sudah lihat bagaimana Malaysia berada dalam kelompok terbaik Asia apabila beraksi dalam Piala Asia 2023 bersama Korea Selatan, Bahrain, Jordan dan beberapa pasukan elit lain.

💡 Table Of Contents

  1. Perlawanan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
  2. Sejarah Pertemuan Malaysia-Oman
  3. Siaran Langsung Oman vs Malaysia
  4. Keputusan Terkini

Oman merupakan pasukan yang berada dalam kelompok 100 pasukan bola sepak terbaik apabila mendudukan tangga ke-80 dunia berbanding Malaysia di rangking ke-132.

Tetapi ini bukanlah satu perkara mustahil untuk anak-anak buah Kim Pan Gon apabila sebelum ini mereka berjaya mengikat Korea Selatan 3-3 sekali gus menamatkan cabaran di Piala Asia dengan 1 mata.

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Dalam FIFA Days ini, akan berlangsung dua perlawanan untuk pasukan bola sepak negara. 22 Mac ini bertemu Oman yang juga merupakan perlawanan ketiga dalam kumpulan D.

Manakala satu lagi perlawanan adalah pada 26 Mac depan, juga bertemu Oman yang merupakan perlawanan keempat. Tetapi ianya akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pula.

Perlawanan pertama sebelum ini adalah bertemu Kyrgyzstan dimana Malaysia mencipta kejutan apabila menang 4-3 hasil jaringan minit-minit akhir. Kemudian rentak kemenangan diteruskan ketika bertemu Chinese Taipei dengan jaringan 1-0 sahaja.

Kempen kali ini juga amat penting kepada skuad Harimau Malaya. Malaysia perlu menempatkan diri dalam dua kelompok teratas kumpulan bagi melayakkan ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 dan secara automatik layak ke Piala Asia 2027.

Sejarah Pertemuan Antara Malaysia Dan Oman

Bertemu dengan pasukan arab bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya pasukan datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia.

Untuk rekod pertemuan, Malaysia dan Oman pernah bertemu sebanyak enam kali. Malaysia hanya menang 2 daripadanya. Selebihnya seri sekali dan tewas sebanyak tiga kali.

Pertemuan terakhir juga merekodkan kekalahan besar iaitu dalam perlawanan persahabatan tahun 2015 apabila pasukan negara tumpas 0-6 dalam perlawanan menentang Oman.

Diharapkan pertemuan kali ketujuh ini, Malaysia mampu melakar sesuatu keputusan yang positif bagi mengikut 3 mata dan berpeluang cerah untuk layak ke pusingan seterusnya.

Siaran Langsung Oman vs Malaysia Di Astro Dan RTM

Pasti ramai yang merindui aksi bola sepak tempatan. Liga Super bermula pada Mei depan. Aksi bola sepak negara kali terakhir adalah pada Februari yang lalu. Kini mereka kembali dan pastinya ramai yang teruja.

Siaran Langsung Oman vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Untuk aksi Oman vs Malaysia, ianya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803. Nak tengok secara online, boleh menggunakan Astro Go atau langgan di Sooka.

Berita baik, perlawanan ini turut juga ditayangkan di saluran RTM iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Nak tengok live streaming secara percuma, boleh guna RTM Klik.

Nak lebih meriah ketika menonton perlawanan bola sepak, anda boleh datang di mana-mana lokasi terpilih bagi tayangan skrin besar seluruh negara. Ada 16 lokasi kesemuanya.

Disebabkan perlawanan ini akan berlangsung pada jam 2.00 pagi waktu Malaysia. Bagi siapa yang datang ke lokasi tayangan skrin besar, boleh la sediakan juadah sahur juga. Kan sekarang bulan Ramadan.

Keputusan Terkini

Dibawah merupakan jadual perlawanan membabitkan Oman vs Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Keputusan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa

22 Mac 2024 (Jumaat)

FT : Oman (2) - (0) Malaysia

  • Issam Al-Sabhi 58'
  • Muhsen Al-Ghassani 88'

Waktu : 2.00 pagi waktu Malaysia
Tempat : Sultan Qaboos Sports Complex
TV : Astro & RTM
Live Streaming : RTM Klik

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Oman vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027"