Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Malaysia-Oman
Seperti acara biasa sekiranya melibatkan skuad bola sepak negara apabila pihak kerajaan akan menyediakan tayangan skrin besar dan kali ini adalah melibatkan perlawanan Malaysia-Open.
Dalam tempoh tujuh hari ini, akan berlangsung dua perlawanan membabitkan pasukan bola sepak negara iaitu dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Malaysia akan meneruskan cabaran dalam kumpulan D. Perlawanan pertama menang. Perlawanan kedua juga menang. Kini akan berlangsung perlawanan ketiga dan keempat.
Pada perlawanan pertama bertemu Oman pada 22 Mac ini merupakan perlawanan terakhir untuk pusingan pertama. Pada 26 Mac kelak bermulalah pusingan kedua dan Malaysia sekali lagi akan bertemu Oman.
Jadi untuk memeriahkan suasana untuk perlawanan-perlawanan ini, disediakan tayangan skrin besar bagi orang awam terutamanya peminat bola sepak datang dan menonton bersama beramai-ramai.
Meskipun tidak dapat memberikan sorakan terus ke skuad Harimau Malaya yang beraksi di Muscat. Sekurang-kurangnya pemain-pemain sendiri tahu ramai yang berkumpul untuk menyaksikan mereka beraksi di atas padang.
Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Pertemuan Malaysia vs Oman
Meskipun pada perlawanan kedua pada 26 Mac ini akan bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, tetap juga akan diteruskan tayangan skrin besar di lokasi-lokasi terpilih ini.
Tetapi adalah sebaiknya kita dapat beli tiket sekarang dan penuhkan stadium pada hari perlawanan nanti. Kali ini kita boleh terus berikan sokongan dan sorakan kepada pemain-pemain.
BACA JUGA : Beli Tiket Malaysia vs Oman
Untuk perlawanan Oman vs Malaysia pada 22 Mac ini, selain ditayangkan secara langsung di Astro Arena, Arena Bola, TV Okey dan Sukan RTM serta secara live streaming, anda boleh tonton beramai-ramai di lokasi terpilih yang terdapat tayangan big screen ini.
Untuk perlawanan pertama, ianya akan berlangsung pada Jumaat, pukul 2.00 pagi waktu Malaysia. Jadi siapa yang datang nanti, boleh terus sediakan makanan sahur disebabkan ianya berlangsung dalam bulan Ramadan.
- Dataran Merdeka (Kuala Lumpur)
- Dataran Kemerdekaan Shah Alam (Selangor)
- Dataran Putrajaya, Presint 3 (Putrajaya)
- Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar (Perlis)
- Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar (Kedah)
- Padang Kota Lama, George Town (Pulau Pinang)
- Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya (Perak)
- Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi (Negeri Sembilan)
- Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh (Melaka)
- Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi (Johor)
- Politeknik Kota Bharu (Kelantan)
- Aras Bawah, Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu (Terengganu)
- Padang MBK 1, Kuantan (Pahang)
- Dataran Perayaan, Kuching (Sarawak)
- Padang Ragbi ERC, Bandar Utama, Sandakan (Sabah)
- Muzium Marin Labuan (Labuan)
Terdapat 16 lokasi terpilih untuk tayangan skrin besar pertemuan Malaysia vs Oman. Jadi anda boleh pilih yang berdekatan dengan ada dan pastinya masuk adalah percuma.
1 comment for "Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Malaysia-Oman"